suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jet Li sihat, foto itu beri gambaran salah

PENGURUS kepada aktor terkenal Jet Li iaitu Steven Chasman tampil memberi penjelasan terhadap keadaan kesihatan bintang aksi itu yang menjadi tular baru-baru ini.

Steven memberitahu aktor itu berada dalam keadaan sihat dan menghargai doa serta sokongan yang diberikan peminat.

"Kami menghargai perhatian semua tapi Jet Li berada dalam keadaan baik.

"Dia tidak ada penyakit yang bahaya dan mengancam nyawannya. Keadaan kesihatannya baik," katanya.

Foto Jet Li dirakam pada Januari lalu - AP 

Pada awal minggu ini, foto pelakon itu menjadi perbincangan netizen apabila dikatakan sudah kelihatan terlalu tua.

Malah, Jet Li dalam foto itu hampir tidak dikenali, terlalu lemah dan berbeza dengan penampilan awal tahun lalu.

Foto itu menyebabkan peminatnya sedih dan memberi doa serta sokongan moral.

Sementara itu, pengurus berkata, penampilan aktor berusia 55 tahun pada foto yang tular itu disebabkan kesilapan pada sudut gambar.

"Angle foto yang salah memperlihatkan dia seperti itu," ujarnya.

Jet Li

Artikel Lain