suria

Bae Doona & Son Seok Gu tidak pernah bercinta

Bae Doona dan Son Seok Gu hanya berkawan baik sahaja.

PELAKON Bae Doona dan Son Seok Gu dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu.

Menurut laporan Soompi, pihak syarikat agensi mereka SBD Entertainment telah mengeluarkan kenyataan menafikan laporan tersebut.

"Berita itu tidak benar dan mereka bukan pasangan kekasih. Mereka hanya kawan rapat satu industri sahaja.

"Mereka juga pernah bekerjasama menerusi drama Sense8 namun tidak pernah menjalinkan hubungan cinta," kata agensi.

Bae Doona, Son Seok Gu

Artikel Lain