suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seo In Guk Alami Sakit Pada Sendi Tulang

AKTOR  Korea SelatanSeo In Guk direhatkan daripada menjalani latihan ketenteraan negara itu berikutan masalah kesihatan.

Pelakon tersebut disahkan menghadapi masalah tulang atau gangguan pada sendi tulang sehingga menyebabkan rasa sakit pada seluruh badan.

"Hasil pemeriksaan, dia mengalami sakit Osteochondritis Dissecans atau gangguan pada sendi tulang sehingga menyukarkan pergerakkan dan melakukan kerja berat.

"Tahap kesihatannya merosot dan berbahaya," ujar kenyataan Jellyfish Entertainment seperti dipetik Allkpop.

Tahap kesihatannya berada di tahap lima, iaitu tidak layak untuk menjalani latihan wajib ketenteraan.

Pelakon itu pada awalnya dipulangkan pada Mac lalu selepas mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas menjalani latihan dasar.

"Selepas pulang pada 27 April lalu keadaannya semakin merosot dan pada 5 Jun lalu dia melakukan pemeriksaan sekali lagi di Daegu Central Physical Examination Center of Military Manpower Administration," ujar agensi.

Seo In Guk

Artikel Lain