suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian Beyonce & Jay Z Tepis Gosip Bakal Bercerai

RUMAH TANGGA pasangan selebriti Beyonce Knowles dan Jay Z sebelum ini dikhabarkan berada di hujung tanduk kini dikesan sedang menikmati percutian mewah sekeluarga. 

Biarpun diterjah dengan pelbagai khabar angin tentang perceraian mereka, Beyonce dan Jay Z tampil dikhalayak ketika bercuti bersama anak mereka di kepulauan Capri. 

Pasangan tersebut turut membawa anak mereka Blue Ivy dan rakan baik Beyonce iaitu Kelly Rowland yang ditemani dengan suaminya, Tim Witherspoon. 

Foto-foto mesra yang berjaya dirakam itu secara tidak langsung menepis khabar angin bahawa mereka sedang dalam proses penceraian. 

Walaupun, dihimpit gosip keruntuhan rumah tangga, pasangan ini tidak pernah tampil menjelaskan situasi rumah tangga mereka kepada umum. 

Beyonce, Jay Z

Artikel Lain