suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mana Cincin Tunang Lady Gaga?

Gaga bersama tunangnya, Kinney.
BARU-BARU ini, Taylor Kinney dianggap lelaki paling sempurna dalam hidup Lady Gaga selepas melamar penyanyi itu pada sambutan Hari Valentine Februari lalu.

Tidak lama kemudian mereka dikhabarkan sedang membuat persiapan bagi mahjlis pernikahan.

Bagaimanapun, menurut laoran Dailymail, salah satu foto Gaga yang dirakamkan seorang jurufoto menimbulkan tanda tanya apabila penyanyi itu dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangannya.

Gaga pada Selasa lalu dilihat tidak menyarung cincin tunangnya.

Penyanyi itu dilihat keluar dari sebuah restoran yang terletak di kawasan West Hollywood pada Selasa lalu.

Ramai yang terkejut selepas penyebaran foto berkenaan apatah lagi Gaga sebelum ini sering dilihat memakai cincin berkenaan, ia mengundang tanda tanya berkemungkinan besar Gaga dan Kinney sudah berpisah.

Kali terakhir Gaga menunjukkan cincin di jarinya menerusi laman sosial Instagram kira-kira enam minggu lalu.
Lady Gaga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain