Antonio Banderas Mahu Jadi Pereka Fesyen - Bintang Global | mStar

Antonio Banderas Mahu Jadi Pereka Fesyen

Antonio Banderas mengikuti kursus fesyen di London.

AKTOR terkenal Antonio Banderas ingin bergelar pereka fesyen selepas dia mengikuti kursus dalam bidang itu di London.

Daily Mail melaporkan, Antonio, 55, mengambil kursus jangka pendek di Fashion School of Central St Martins, London dan berkongsi gambar berada di kelas di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini antara bintang terkenal yang pernah menghadiri kursus ditempat sama adalah John Galliano, Stella McCartney dan Alexander McQueen.

Antonio dalam satu kenyataan memberitahu, penglibatannya dalam bidang fesyen telah menjadi impiannya sejak sekian lama.

"Saya masih berlakon tetapi pada tahap ini saya ingin melakukan sesuatu yang saya minat dan ia adalah fesyen," katanya.

Bintang filem The Mask of Zorro itu sebelum ini melancarkan labelnya iaitu Antonio Banderas Designs yang turut berkolaborasi nama-nama besar dalam industri fesyen.


Antonio Banderas

Artikel Sebelum

Mana Cincin Tunang Lady Gaga?

Artikel Berikut