suria

Sunye Hamil Anak Kedua Lepas Keluar Wonder Girl

Sunye
BEKAS ahli kumpulan Wonder Girl, Sunye yang keluar daripada kumpulan itu pada Ogos lalu mengumumkan sedang hamil anak kedua.

Penyanyi itu mengambil keputusan untuk bersara daripada industri bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Sunye berkahwin dengan James Park pada Januari 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama yang kini berusia dua tahun.

Dia kemudian berpindah ke Kanada bagi mengikut suaminya yang juga rakyat negara itu pada Oktober 2013, namun kembali semula ke Korea pada 2014.

Sunye merupakan ketua kepada kumpulan Wonder Girl sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2007. Dia juga berjaya membawa nama kumpulan tersebut dengan tiga lagu popular iaitu Tell Me, So Hot dan Nobody.
Sunye, Wonder Girl

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain