suria

Sam Smith Sahkan Nyanyi Lagu Tema Filem James Bond Terbaru

Sam Smith berlatarbelakangkan gaya dan imej ikonik filem-filem James Bond dengan judul lagu tema filem terbaru spy itu tertera di hadapannya.

PENYANYI Britain, Sam Smith mengesahkan yang beliau telah merakamkan lagu tema filem terbaru james Bond - Spectre.

Smith, 23, menyifatkan peluang tersebut adalah kemuncak kepada kariernya sebagai penyanyi.

Judul lagu tersebut diberi nama 'Writing's On The Wall'.

Penerima Anugerah Grammy sebanyak empat kali itu dengan lima hits No.1 di carta lagu Britain dan Amerika, akan turut mencatat sejarah sebagai penyanyi lelaki British yang pertama untuk mendendangkan lagu tema filem James Bond sejak 1965.

Lagu tema filem James Bond yang terakhir, didendangkan oleh penyanyi terkenal British juga tetapi penyanyi wanita iaitu Adele berjudul 'Skyfall'.

Smith sebelum ini menafikan penglibatannya dengan filem tersebut tetapi kemudiannya menggunakan laman sosial untuk mendedahkan siapakah yang menyanyikan lagu tersebut.

"Ini adalah legasi ikonik Britain dan saya sangat bertuah kerana terlibat dalam filem James Bond. Ia adalah kemuncak kepada karier saya sebagai seorang penyanyi British," ujarnya.

Albert R. Broccoli EON Productions, Metro-Goldwyn-Mayer Studios dan Sony Pictures Entertainment mengesahkan yang edisi ke-24 filem James Bond akan ditayangkan di United Kingdom mulai 26 Oktober dan di Amerika Syarikat pada 6 November.

Album rasmi filem berkenaan akan diterbitkan oleh Capitol Records, mula berada di pasaran mulai 25 September.

Sam Smith, James Bond, Adale, Skyfall, Spectre

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain