Nicole Kidman Tidak Rindu Kehidupan 'Hollywood' - Bintang Global | mStar

Nicole Kidman Tidak Rindu Kehidupan 'Hollywood'

Nicole Kidman tidak merindukan Hollywood dan lebih selesa dengan kehidupannya kini di Nashville, Tennessee.

BINTANG terkenal Nicole Kidman dia tidak pernah merindukan kehidupan glamour di Hollywood selepas berpindah ke Nashville bersama suaminya, penyanyi Keith Urban.

Nicole memberitahu tidak sukar untuk meninggalkan Hollywood dan berpindah ke kawasan yang lebih kecil kerana sepanjang bergelar anak seni dia tidak pernah berminat dengan perhatian diberikan.

"Saya tidak rindukan Hollywood tetapi itu bukan bererti saya membenci. Saya tetap ke sana jika ada acara anugerah dan mengenakan gaun mewah jika diperlukan berbuat demikian.

"Sepanjang karier, saya tidak pernah menjadikan kemasyhuran sebagai petunjuk kerana ia akan menjadi beban," ujarnya.

Nicole dan Keith mempunyai dua cahaya mata iaitu Faith dan Sunday hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun.

Nicole Kidman , Keith Urban

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi