suria

Bekas Teman Wanita Kim Hyun Joong Lahirkan Anak

Kim Hyung Joong berdepan dengan tuntutan sebanyak 1.6 bilion Won (RM6 juta) datas dakwaan membelasah sehingga mendatangkan kecederaan terhadap teman wanitanya.
BEKAS teman wanita Kim Hyun Joong dilaporkan telah selamat melahirkan bayi milik pelakon dan penyanyi itu minggu lalu.

Korea Herald bagaimanapun melaporkan satu ujian bagi mengesahkan anak berkenaan milik Hyun Joong bakal dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kekecohan hubungan pelakon itu dengan wanita yang hanya dikenali sebagai Choi kecoh selepas dia mendakwa dibelasah teman lelakinya sehingga mendatangkan kecederaan.

Choi kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis dan memfailkan saman terhadap lelaki itu dengan tuntutan 1.6 bilion Won (RM6 juta) dan kes itu masih berjalan di mahkamah.

Ketika itu, Choi turut mendakwa sedang hamil anak Hyun Joong namun enggan menyerahkan kad kesihatan atau laporan daripada doktor berhubung perkara itu.

"Wanita berkenaan melahirkan bayi berkenaan di sebuah hospital minggu lalu namun kami tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar dia bersalin kerana ingin mengelak daripada perhatian media," kata sumber terdekat wanita berkenaan.

Pelakon itu kini sedang menjalani latihan ketenteraan sejak Mei lalu.
Kim Hyung Joong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain