suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sandra Bullock Cemas Beg Duit Hilang

PELAKON Sandra Bullock cemas apabila menyedari beg duit yang diletakkan di atas meja makan tiba-tiba hilang.

Seperti dipetik Contact Music, pelakon berusia 50 tahun itu telah menimbulkan sedikit kekecohan di restoran tersebut untuk mencari beg duit tersebut.

Malah, pelanggan yang berada di restoran berkenaan turut cuba membantu mencari dan menenangkan bintang Hollywood itu.

Bagaimanapun, seorang pekerja restoran tersebut datang dan meminta maaf kerana tidak sengaja mengambil beg duit tersebut ketika membersihkan meja.

Sandra yang berjaya mendapatkan semula beg duit tersebut mengucapkan terima kasih dan memberikan sedikit wang saguhati kepada pekerja tersebut sebagai tanda terima kasihnya.
Hollywood, Sandra Bullock

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia