suria

EXO Bakal Muncul Dalam Program Realiti

Kumpulan EXO bakal muncul dalam sebuah program realiti.
SEJAK dilanda pelbagai kontroversi dan masalah dalaman kumpulan K-Pop terkenal iaitu EXO bakal tampil dalam sebuah program realiti.

Menurut laporan Soompi, keputusan untuk muncul dalam program realiti itu bagi memberi peluang kepada peminat mengenali kesemua anggota kumpulan itu dengan lebih dekat selain memaparkan persiapan mereka membuat kemunculan semula dalam bidang muzik.

Menerusi rancangan itu juga beberapa lagenda muzik terkenal turut ditampilkan dan rakaman program itu telah pun bermula sejak bulan lalu.

Bagaimanapun masih belum diberitakan bila rancangan realiti itu akan disiarkan kepada penonton.

Mei lalu, Kris bertindak mengejut apabila dia mengambil keputusan meninggalkan EXO untuk memberi fokus kepada karier solo.

Malah salah seorang lagi ahlinya, Baekhyun terhimpit dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan Taeyeon daripada Girls Generation sehingga menimbulkan kemarahan peminat kedua-dua selebriti tersebut.

EXO.

Artikel Lain