suria

Lee Teuk (Super Junior) Jumpa Peminat Secara Rahsia

Lee Teuk berjumpa dengan peminatnya sejurus menamatkan latihan ketenteraannya.
KETUA kumpulan Super Junior, Lee Teuk menganjurkan satu sesi bersama para peminatnya sejurus selepas dia selesai menjalani latihan ketenteraan selama 21 bulan di Uijeongbu, Gyeonggido sejak Oktober 2012.

Portal Soompi melaporkan biarpun tiada sebarang acara rasmi dilakukan penyanyi itu bagi meraikan kepulangannya, Lee Teuk memilih untuk mengadakan perjumpaan bersama peminat di kafe miliknya iaitu Kona Beans.

Lee Teuk meluangkan masa hampir satu jam bersama peminatnya namun pihak media tidak dibenarkan untuk menyertai perjumpaan itu.

Gambar Lee Teuk ketika berjumpa dengan para peminatnya tersebar di internet.

Menurut sumber, Lee Teuk sangat teruja dapat bertemu dengan mereka selain mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat terhadapnya.

Lee Teuk sempat menceritakan pengalaman sepanjang berada di kem tentera selain meluangkan masa membaca surat peminat yang dihantar.

Malah penyanyi itu turut berpesan kepada para peminatnya supaya tidak menghebahkan perjumpaan itu kepada pihak luar dan tidak memuat naik gambar di laman sosial.
Lee Teuk, Super Junior.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain