suria

Trailer 'Fifty Shades of Grey' Catat Sejarah

Jamie Dornan dan Dakota Johnson bintang utama Fifty Shades of Grey.

BIARPUN masih belum ditayangkan namun trailer filem Fifty Shades of Grey tampil sebagai paling banyak ditonton menerusi laman Youtube sepanjang tahun 2014.

Daily Mail melaporkan, dalam hanya masa seminggu trailer filem yang diadaptasi daripada novel tulisan EL James itu mencatat tontonan sebanyak 36 juta sejak ia dilancarkan.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang mencapai 31 juta tontonan.

Fifty Shades of Grey menampilkan Jamie Dornan sebagai Christian Grey dan Dakota Johnson (Anastasia Steele) dan akan ditayangkan pada 14 Februari tahun hadapan.

Ia dijangka akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat novel tersebut yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk apabila ia dikhabarkan akan diterjemah dalam bentuk filem.

Novel tersebut berjaya mencatat penjualan sebanyak 100 juta salinan dan turut diterjemah ke dalam 53 bahasa di seluruh dunia.

Selain Jamie dan Dakota, Fifty Shades of Grey turut menampilkan barisan pelakon seperti Rita Ora, Marcia Gay Harden, Max Martini, Eloise Mumford dan Jennifer Ehle dan ia diarahkan oleh Sam Taylor.

Artikel Lain