suria

Minah 'Girls Day' Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak Korea

Minah menyifatkan Son Heung Min lelaki yang serasi buatnya.

VOKALIS utama kumpulan Girls Day, Minah dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan pemain bola sepak Korea Selatan, Son Heung Min.

Menurut laporan Allkpop, agensi naungan Minah iaitu DreamT telah mengesahkan perhubungan mereka namun kedua-duanya masih lagi dalam proses perkenalan.

"Minah memberitahu kami bahawa dia sudah dua kali keluar bersama Heung Min dan kedua-duanya berasa serasi.

"Mereka juga berkenalan menerusi laman sosial memandangkan Heung Min merupakan peminat Girls Day manakala Minah pula meminati pemain bola itu yang disifatkan hebat beraksi di atas padang," kata agensi tersebut.

Tambah DreamT, pada mulanya Minah enggan mendedahkan perhubungan mereka diketahui umum kerana dia dan Heung Min masih lagi di awal perkenalan.

Namun mereka terpaksa akur kerana tidak mahu mendapat gosip-gosip negatif berkaitan hubungan cinta mereka.

Minah, Girls Day, Son Heung Min

Artikel Lain