suria

Shia LaBeouf Tinggalkan Alkohol Demi Brad Pitt

PELAKON Shia Labeouf yang sedang bergelut dengan masalah ketagihan alkohol memutuskan untuk memasuki pusat pemulihan demi aktor Brad Pitt.

Daily Mail melaporkan, Shia sanggup berbuat demikian kerana mereka bakal bekerjasama dalam sebuah filem berjudul Fury dan tidak mahu merosakkan peluang untuk berlakon disamping aktor tersohor itu.

Filem berkenaan juga akan dipromosikan diperingkat antarabangsa dan Shia tidak mahu memalukan Brad dengan sikap buruknya dan sanggup berubah.

Perkembangan terbaharu itu dianggap positif kerana Sikap Shia sebelum ini membimbangkan banyak pihak sehingga ada suatu ketika dia terpaksa dihalau daripada terus menonton sebuah pementasan teater kerana merokok di dalam dewan.


Shia, Brad Pitt, Fury.

Artikel Lain