suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tenang Di Mekah, Shahrini Elak Baca Komen Di Instagram

Foto terbaharu Shahrini ketika menunaikan Umrah di Mekah.

PENYANYI Indonesia Shahrini mengakui berasa cukup bahagia sepanjang menyambut lebaran Aidilfitri di tanah suci Mekah.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Detikhot, penyanyi itu berasa takut untuk membaca komen pengikut-pengikutnya di laman sosial Instagram setiap kali memuat naik foto sepanjang berada di sana.

"Apabila membaca komen mereka (pengikut di Instagram), buatkan saya tidak tenang. Ada yang memberi kata-kata positif tetapi ada juga yang mengkritik.

"Lebih baik saya fokus kepada ibadah yang dilakukan tanpa perlu memikirkan komen-komen yang diberi di laman sosial.

"Yang penting saya berasa cukup bahagia dan tenang sepanjang berada di sini (Mekah)," katanya.

Terdahulu, Shahrini pernah memuat naik video ketika dia bercuti di Itali dan ia menjadi bualan ramai serta dikritik kononnya penyanyi itu sengaja mahu menunjuk-nunjuk dengan kemewahannya.

Shahrini

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia