SEJAK penghasilan album Give It To Me pada pertengahan tahun lalu, kumpulan Sistar sepi daripada sebarang khabar berita. Namun mereka bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.
Menurut laporan portal Hellokpop, masih membariskan anggota yang sama iaitu Hyorin, Dasom, Bora, Soyou, kumpulan ini akan muncul dengan sebuah album baharu yang dijangka akan dipasarkan pada 21 Julai ini.
Foto teaser itu hanya menampakkan siluet empat anggota tersebut beraksi dengan berlatarbelakangkan pantai. Selain itu mereka turut meletakkan tulisan 'SISTAR 20140721' menunjukkan tarikh kemunculan semula mereka.
Jika sebelum ini mereka popular dengan lagu-lagu gubahan Brave Brothers Double Sidekick, berbeza dengan album kali ini mereka akan bekerjasama dengan komposer Rado dan Choi Kyu Sung.


