Penyanyi lagu Baby itu turut memuat naik gambar-gambarnya bersama wanita tersebut sebagai penghormatan terakhir.
"Saya ingat ketika bertemu dengan Alicia beberapa kali dan dia merupakan antara tunggak yang menjalankan kelab peminat saya Belieber, terima kasih Alicia," ujarnya.
Alicia dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat kemalangan jalan raya.
Wanita itu juga dikatakan salah seorang peminat yang sentiasa menyokong kerjaya penyanyi itu sejak daripada mula menceburi seni suara.


