suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Changsung (2PM) Bercinta Dengan Aktres China

Changsung dan Ada mengakui sedang bercinta.

ANGGOTA kumpulan 2PM iaitu Changsung dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres berasal dari China iaitu Ada Liu.

Portal Soompi melaporkan, Ada membuat pendedahan itu dalam satu temubual di China dan mengakui sedang bercinta dengan lelaki berusia 32 tahun itu.

"Benar kami sedang bercinta malah dia telah bertemu dengan orang tua saya dan mereka menyukai dia," katanya.

Wanita itu memberitahu dia bersyukur bertemu dengan Changsung dan menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang baik hati dan penyayang.

Ada Liu dan Chansung pertama kali bertemu menerusi program hiburan If You Love Me beberapa bulan lalu.
Changsung, Ada Liu, 2PM

Artikel Lain