suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joo Won Sertai Keluarga 'Running Man'

Joo Won wajah baharu dalam program Running Man.

PELAKON Joo Won dilaporkan menyertai keluarga besar program popular Running Man bagi menggantikan Song Joong Ki yang memasuki latihan ketenteraan baru-baru ini.

Portal Soompi melaporkan pelakon drama bersiri popular Good Doctor itu telah pun memasuki set penggambaran sejak awal bulan ini.

Ini merupakan kali pertama pelakon itu bergabung dengan program terbitan SBS kerana sebelum ini Joo Won setia dengan rancangan KBS Happy Sunday - 1 Night 2 Days yang juga pesaing Running Man.

Kehadiran Joo Won diharap dapat menaikkan kembali rating program itu yang sejak akhir-akhir ini menurun.

Selain Running Man, Joo Win bakal bergandingan dengan Yoona dari kumpulan Girls Generation dalam drama bersiri Nadome Cantabile.

Joo Won, Running Man.

Artikel Lain