suria

Kris (EXO-M) Dikatakan Cintai Isteri Orang

Kris dan Xu Jeng Lei dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.
SEJAK mengambil keputusan keluar daripada kumpulan EXO-M nama Kris tidak putus-putus dikaitkan dengan pelbagai gosip dan terbaharu dia dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan isteri orang.

Portal Soompi melaporkan Kris didakwa sedang menjalinkan hubungan serius dengan penerbit filem Somewhere Only We Know  iaitu Xu Jing Lei.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan adalah orang bertanggungjawab yang membantu Kris keluar daripada kumpulan EXO-M dan hubungan mereka bertambah intim sejak Kris banyak menghabiskan masa di China untuk mempromosikan filem tersebut.

Sijil pernikahan yang didakwa milik Xu Jing Lei.

Hubungan tersebut mendapat perhatian meluas dan media di China mendedahkan sijil pernikahan Xu Jing Lei dan suaminya, Stanley Huang bagi membuktikan bahawa wanita itu masih bergelar isteri orang.

Dalam pada itu, jarak usia 16 tahun di antara mereka bukan menjadi persoalan dan Kris sangat bergantung kepada Xu Jeng Lei sejak keluar daripada EXO-M.
Kris, Xu Jeng Lei, EXO.

Artikel Lain