Dakota Fanning Tidak Akan Dedah Cerita Peribadi - Bintang Global | mStar

Dakota Fanning Tidak Akan Dedah Cerita Peribadi

Dakota Fanning mula terlibat sebagai pelakon sejak berusia empat tahun.

PELAKON Dakota Fanning yakin kehidupan peribadinya tidak akan terganggu biarpun dia terlibat dalam dunia glamour di Hollywood.

Dakota, 20, berkata, sebagai seorang selebriti yang sering menjadi tumpuan dia perlu bijak untuk menguruskan kehidupan peribadinya agar tidak menjadi perhatian.

"Saya tidak akan mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum dan ia sebenarnya tidak sukar dilakukan dan harus berpegang dengan prinsip tersebut.

"Malah saya tidak melihat kerjaya saya sebagai pelakon menjadi masalah kerana apa yang paling penting kita perlu bijak menguruskan hal tersebut," katanya kepada Daily Mail.

Bintang filem I Am Sam ini mula terlibat dalam bidang lakonan sejak berusia empat tahun dan bakal tampil dengan karya terbaharunya, The Last of Robin Hood pada 29 Julai ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kemunculan Semula Sistar

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta