Jumlah Dagangan Malaysia Januari-September Bernilai RM1.077 Trilion - Niaga | mStar

Jumlah Dagangan Malaysia Januari-September Bernilai RM1.077 Trilion

KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia dalam tempoh Januari hingga September 2016 meningkat 0.6 peratus kepada RM1.077 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2015, disokong oleh eksport barangan perkilangan dan pertanian.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam satu kenyataan berkata Malaysia turut mencatat lebihan dagangan sebanyak RM59.77 bilion berbanding RM60.93 bilion dalam tempoh yang sama pada 2015.

"Dalam tempoh itu, eksport meningkat 0.5 peratus atau RM2.58 bilion kepada RM568.36 bilion manakala import meningkat 0.7 peratus atau RM3.75 bilion kepada RM508.59 bilion.

"Lebihan dagangan kali ke-227 sejak November 1997, dicatatkan pada September 2016, bernilai RM7.56 bilion," katanya.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2016, Miti berkata eksport barangan perkilangan meningkat 3.2 peratus kepada RM469.31 bilion.

Eksport yang lebih tinggi dicatatkan bagi hampir kesemua subsektor pembuatan kecuali besi dan keluli, produk petroleum, barang kemas serta produk galian bukan logam.

Eksport sektor pembuatan menyumbang 82.6 peratus daripada jumlah eksport  berbanding 80.4 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, eksport barangan pertanian meningkat 1.4 peratus kepada RM50.37 bilion, sebahagian besarnya disumbangkan oleh eksport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit.

Eksport minyak kelapa sawit meningkat kepada RM29.76 bilion, disebabkan oleh kenaikan purata nilai seunit (AUV).

Bagaimanapun, eksport barangan perlombongan susut 22.5 peratus kepada RM44.88 bilion ekoran pengurangan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah, akibat AUV yang lebih rendah," katanya.

Berdasarkan pasaran, Miti berkata perdagangan yang lebih tinggi dicatatkan dengan Amerika Syarikat (AS), Asean, Korea Selatan, Taiwan, China, Jerman, Turki, Arab Saudi, Mexico, Bangladesh dan India.

Eksport ke Amerika Syarikat mencatatkan pertumbuhan dua angka, sebanyak 11.5 peratus kepada RM59.35 bilion, menyumbang 10.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia dan 9.3 peratus daripada jumlah dagangan.

Miti juga berkata eksport ke Asean kekal kukuh, dengan pertumbuhan sehingga 5.1 peratus kepada RM168.29 bilion.

Import bagi tempoh sembilan bulan pertama 2016 pula bernilai RM508.59 bilion atau peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir ialah barangan pengantara, barangan modal dan barang penggunaan.-- Bernama


Miti , Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Felcra Hasrat Bekal Makanan Halal Ke Jepun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini