suria

Untung Bersih Maxis Naik 0.4 Peratus Kepada RM484 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2016 naik sebanyak 0.4 peratus kepada RM484 juta berbanding RM482 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Syarikat telekomunikasi itu berkata keuntungan bersih yang lebih tinggi, selepas pelarasan bagi susut nilai dipercepatkan, disebabkan oleh pemodenan rangkaian.

Perolehan sebelum faedah,cukai,susut nilai dan pelunasan (EBITDA), tidak termasuk impak pertukaran asing tidak direalisasikan, meningkat 6.7 peratus kepada RM1.156 bilionberbanding RM1.083 bilion sebelum ini, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Morten Lundal, berkata Maxis gembira dengan prestasi MaxisONE, yang menghampiri satu juta pelanggan.

"Kami juga bangga dengan rangkaian LTE kami yang meluas dan menjadi peneraju dalam industri, yang telah mencecah lebih 74 peratus daripada penduduk Malaysia, didorong oleh peningkatan yang ketara dalam penembusan peranti 4G dalam asas pelanggan kami," katanya.

Maxis berkata perolehan perkhidmatan bagi suku tersebut berjumlah RM2.127 bilion berbanding RM2.126 biliontahun lalu, disokong oleh pelanggan dengan Purata Hasil Setiap Pengguna (ARPU) yang tinggi.

Perolehan pascabayar meningkat 2.3 peratus kepada RM994juta berbanding RM972juta, dipacu oleh asas yang kukuh melalui ARPU yang tinggi bagi langganan pelan MaxisONE, katanya. 

Katanya perolehan prabayar 3.5 peratus lebih rendah pada RM1.015 bilion berbanding RM1.052 bilionpada suku pertama tahun lepas.

Maxis berkata langganan diimpak disebabkan oleh persaingan berfokuskan harga walaupun terdapat tarikan berterusan yang baik bagi ARPU Internet mudah alih.--Bernama


Maxis Bhd, EBITDA, MaxisONE

Artikel Berikut

Artikel Lain