suria

10 tahun kahwin jurutera, isteri bangga tak ambil tahu gaji suami! Paling penting keluarga cukup makan, bebas beli apa saja

Seorang wanita mengakui tidak ambil tahu jumlah gaji suami. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah perkahwinan, kewangan adalah perkara paling penting dan sering difikirkan oleh pasangan suami isteri.

Namun lain pula bagi seorang wanita apabila sepanjang 10 tahun perkahwinan, dia memilih untuk tidak mengambil tahu tentang gaji suaminya.

Bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini, lebih baik jika dia memberi fokus terhadap keluarga berbanding terlalu memikirkan soal wang.

"Aku, sepanjang kahwin 10 tahun ni, tak pernah tahu gaji suami berapa. Tapi aku tahu la dia kerja apa," katanya.

Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri. -Gambar hiasan

Bagaimanapun katanya, walaupun tidak mengetahui jumlah pendapatan secara spesifik, dia masih peka terhadap tugas suami yang bekerja dalam bidang kejuruteraan.

Namun, katanya, slip gaji suami langsung tidak pernah dilihat terutama sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Dulu-dulu masa awal kahwin, aku pernah juga terjumpa slip gaji dia dalam backpack. Tapi sekarang dah lama tak tengok.

"Cuma tahu la jawatan dia, Engineer, supervisor dan building engineer. Bertukar antara tiga jawatan tu la. Gaji dia tu lepas la untuk menyara aku dengan anak-anak tiga orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Mak pesan suruh cari suami gaji RM2,000 ke atas, wanita risau kekasih tak cukup kriteria menantu idaman - “Dia SPM, kerja kedai makan”

"Tak ada kurang. Cukup, aku minta pun selalu dapat. Bukan setakat kedai serbaneka, beli dekat premis kecantikan dan kesihatan pun dapat. Bebas beli apa saja," katanya.

Namun dia menegaskan mempunyai sebab tersendiri apabila tidak mengambil tahu hal-hal berkaitan kewangan dan gaji suami.

Katanya, dia mempunyai sifat mudah bersimpati terhadap kerja dan pengorbanan suaminya demi mencari rezeki untuk keluarga.

Justeru dia memilih untuk tidak terlalu membebankan fikiran dengan soal kewangan dan yakin suaminya sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga.

Tak tahu tapi nak tahu boleh tanya suami je la. Bukannya orang lain pun.

NETIZEN

"Awal nikah dulu, tahu la (soal gaji). Tapi ni sudah lama tak ambil tahu pula. Saya jenis cepat kasihan sebab tu tak nak ambil tahu.

"Kalau tahu dan jika dia tak cukup, nanti saya bagi semua wang saya dekat dia sebab tu tak nak bincang pun mengenai gaji. Lebih baik tak tahu dari tahu," ujarnya.

Perkongsian wanita ini mencetuskan pelbagai reaksi warga maya.

Komen netizen.

Rata-rata mempertikaikan tindakan wanita ini apatah lagi selepas mengetahui dia mempunyai anak sulung berusia sembilan tahun.

"Masa mohon daftar sekolah anak tak kan tak tengok slip gaji. Kan kena sahkan. Meh sini kakak tolong sahkan meh.

"Ambil tahu tak ada masalah. Tak tahu tapi nak tahu boleh tanya suami je la. Bukannya orang lain pun.

"Samalah dengan saya. Tengok slip gaji suami pun masa nak daftarkan anak. Lepas tu kita lupa dah gaji dia berapa," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain