suria

Kereta depan halang trafik, bagi alasan minyak habis! Wanita insaf pemandu tiada kaki turun minta tolong, mengesot atas jalan tar panas

Video tular memaparkan pemandu kereta yang sedang ditimpa musibah.

HALANGAN ketika dalam perjalanan ada kalanya mempunyai hikmah tersembunyi walaupun ia menyebabkan kita lewat tiba ke destinasi.

Antara cabaran yang sering menguji kesabaran pemandu ialah kesesakan trafik, banjir kilat dan kemalangan jalan raya.

Begitulah kisahnya melalui satu video tular di laman TikTok, apabila seorang wanita memperoleh pengajaran berharga ketika berhadapan dengan sebuah kereta yang kehabisan petrol di persimpangan lampu isyarat sekitar Seriab, Perlis.

Keadaan seorang pemandu kereta yang mengundang rasa hiba orang ramai.

Menurut wanita terbabit, dia pada mulanya berasa geram susulan kereta yang terkandas itu menyebabkan aliran lalu-lintas menjadi sesak, namun langsung berubah perasaan apabila menyedari nasib pemandu berkenaan.

"Saya mohon maaf kepada abang ni. Waktu ni tak tahu lagi keadaan dia macam mana, kami dengan beberapa kereta dekat belakang menunggu sebab dia tak bergerak.

"Hati ni macam nak marah apabila nampak dia buka pintu kereta beritahu orang lalu-lalang minyak dia habis. Tapi suami kekal tenang, suami cepat turun untuk bantu tolak kereta dia ke tepi sebab jalan dah mula sesak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta rosak tak ada siapa tolong, pemilik MPV ‘belajar sesuatu’ sebelum ketawa sendiri... orang tak disangka yang sudi bantu

ARTIKEL BERKAITAN: Duit cukup-cukup untuk minyak dan tol, kereta pula rosak... Wanita sebak, ujian menjelang raya diganti rezeki tak disangka

"Selesai suami tolak kereta ke tepi, pemandu tu pun turun, Ya Allah terus insaf saya! Rupa-rupanya dia orang kurang upaya (OKU).

"Kaki kiri dan kanan dah tiada. Dia turun dan mengesot atas jalan tar yang panas tanpa memakai sebarang kasut.

"Apabila dengar cerita, rupanya dia keluar berseorangan ni sebab nak cari rezeki. Dia tak sangka minyak boleh habis, itu dia cuba minta tolong orang sekeliling." kata wanita itu tersentap hatinya.

Walau bagaimanapun, wanita itu bersyukur dia dan suaminya berkesempatan menghulurkan pertolongan kepada lelaki terbabit.

"Alhamdulillah suami dapat bantu abang ni isi minyak dekat kereta dia. Semoga dipermudahkan segala urusan abang ni," kata wanita itu menutup bicara.

Saya percaya kalau perjalanan kita tergendala atau terhenti sebab sesuatu, mungkin untuk elakkan kita daripada terlibat musibah.

WARGA MAYA

Menerusi video sama di akaun @amzcateringhomestay, dapat diperhatikan suami wanita itu membawa botol plastik yang sudah berisi petrol dan menuangkannya ke dalam lubang tangki minyak kereta berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata mereka mengenali pemandu OKU tersebut yang senang disapa Mat Kedi atau nama sebenarnya Shukri.

"Saya pernah jadi kawan sekerja dia dulu dekat kilang, dia OKU sejak kecil," jelas pelayar.

Dalam pada itu, warga maya lain berpandangan situasi sedemikian mengajar kepentingan untuk tidak bertindak melulu.

Warga maya mengutarakan pandangan.

"Benda ni yang aku selalu fikir apabila nak marah ketika memandu, kita kena faham yang mereka tak minta pun untuk kereta rosak sampai halang jalan. Mereka sedang diuji, dan kita pun boleh berada di tempat mereka suatu hari nanti.

"Tiada kebaikan yang kita dapat kalau maki mereka, kita je yang jadi stres nanti. Sebaiknya kita doakan supaya mereka boleh dibantu sesegera mungkin, jika kita sendiri tak mampu untuk turun tolong.

"Saya percaya kalau perjalanan kita tergendala atau terhenti sebab sesuatu, mungkin untuk elakkan kita daripada terlibat musibah lebih besar... belajar bersabar.

"Mungkin juga boleh beritahu abang tu untuk letak stiker OKU dekat kereta, tak ada la orang dah berbakul maki baru tahu keadaan sebenar dia," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain