suria

Geram sikap abang, adik bantu kakak ipar fail fasakh! Bini baharu janda anak 3 ditatang, isteri pertama sedang hamil diabai

Isteri hamil sering menjadi alasan suami berlaku curang dengan perempuan lain. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja akan berasa 'trauma' dan takut untuk berkahwin apabila membaca kisah-kisah rumah tangga yang acap kali didedahkan di media sosial.

Kebanyakan isteri membuat luahan menjadi mangsa 'kekejaman' mentua, pasangan mahupun ipar.

Namun kisah berbeza dikongsikan wanita ini apabila masalah rumah tangga itu dihadapi kakak iparnya sendiri.

Bukan itu sahaja dia turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan sikap ibu dan bapanya yang seolah-olah tidak mempunyai rasa simpati kepada kakak iparnya.

Wanita hamil perlu melalui pelbagai prosedur bagi menngetahui perkembangan bayi dalam kandungan. -Gambar hiasan

Wanita hamil perlu melalui pelbagai prosedur bagi mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan. -Gambar hiasan

"Aku tak sangka abang aku pun macam tu dan aku kecewa dengan parents.

"Tahun lepas, abang aku kahwin dua dengan janda anak tiga atas alasan kakak ipar aku masih belum ada zuriat... mereka baru TTC (cuba hamil) empat tahun," ujarnya memulakan cerita.

Menurut wanita ini, selepas dua bulan abangnya mendirikan rumah tangga bersama pasangan baharu, kakak iparnya pula disahkan hamil anak kembar.

Beranggapan situasi rumah tangga mereka akan kembali normal, dia bagaimanapun tidak menyangka kakak iparnya diabaikan.

"Aku pergi rumah kakak ipar nak hantar kek kesukaan dia, aku sedih sangat tengok keadaan dapur. Kakak ipar aku makan telur rebus dua biji untuk berbuka sebab beras habis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nak undur masa, kahwin 2 cuma tambah masalah! Sedih isteri pertama dah tak manja, diri hanya jadi ‘bank’ anak tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Masa kecil tengok suami bersanding, 11 tahun kemudian wanita ini nikahi lelaki sama... Beza usia 38 tahun!

"Aku marahlah kakak ipar aku kenapa tak cakap abang abaikan dia, pergi check-up pun sendirian lepas diberikan duit belanja RM300," luahnya sedih.

Bersimpati dengan situasi yang berlaku, dia mengambil keputusan untuk menghubungi abangnya dan berbincang.

Bagaimanapun, dia ditengking oleh lelaki itu dan diminta untuk tidak campur tangan urusan rumah tangganya.

Lebih menyedihkan apabila perkara tersebut turut diketahui ibu dan bapanya namun mereka berdua enggan mengambil tindakan.

Aku sokong kau bawa kak ipar ke pejabat agama dan failkan tuntutan nafkah serta harta sepencarian.

WARGA MAYA

"Parents aku call suruh aku balik, dah balik aku pula kena ceramah jangan masuk campur. Masalahnya kakak ipar aku tu anak yatim, mana ada sesiapa pun selain abang aku," tambahnya yang berhasrat membantu kakak iparnya membuat tuntutan fasakh.

Menurut wanita ini lagi, isteri kedua abang merupakan rakan sepejabatnya dan sudah berusia tetapi didakwa masih bersosial dengan pekerja lelaki.

"Janda tu gatal apabila bergurau dengan lelaki sampai cerita dalam kain. Aku pun tak fahamlah macam mana abang aku boleh kahwin dengan perempuan tu.

"Kakak ipar aku yang pertama ni kira perfect, tapi sayang dapat suami tak guna macam abang aku dan mentuanya," tambahnya geram.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa hairan apabila abangnya lebih mementingkan anak tiri berbanding anak sendiri yang sedang dikandung isteri.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya bersetuju dengan rancangan untuk membantu kakak ipar memohon fasakh.

"Kau memang bagus tak jadi macam setengah orang yang pertahankan benda salah guna tiket keluarga dan adik beradik.

"Aku sokong kau bawa kak ipar ke pejabat agama dan failkan tuntutan nafkah serta harta sepencarian kalau berharta. Jenis mak ayah menangkan anak lelaki ni memang aku tak boleh terima, sanggup ye subahat kongsi dosa dan panjangkan kezaliman.

"Aku percaya baby kembar tu adalah penguat kakak ipar. Allah hadirkan kembar tu agar kakak ipar tak makan hati apabila suami asyik ke isteri baru. Semoga kakak ipar terbuka hati dan dimudahkan jalan hidup dia dan anak-anak selepas ini," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain