suria

Suami orang berniaga di bazar sambil berskandal! Geng peniaga simpati fikir isterinya di rumah, tak sanggup bersubahat

Seorang peniaga bazar Aidilfitri mendedahkan kisah rakannya yang curang ketika berniaga. -Gambar hiasan

BAZAR Aidilfitri semestinya dibanjiri orang ramai yang datang untuk membeli belah terutama menjelang sambutan hari lebaran.

Para peniaga memasang strategi masing-masing menawarkan pelbagai promosi kepada pelanggan, dengan harapan meraih keuntungan berganda.

Dalam kemeriahan peniaga bazar raya mencari rezeki, siapa sangka dalam kalangan mereka ada yang turut memasang 'strategi' lain.

Orang ramai membanjiri bazar Aidilfitri. -Gambar hiasan

"Saya peniaga di bazar raya. Macam biasalah, peniaga-peniaga ni memang ada yang dah kenal lama, ada yang baru kenal.

"Ada seorang peniaga ni, couple dengan perempuan yang berniaga kat situ juga. Kenal-kenal, dah ada hubungan pula sekarang," kata seorang lelaki menerusi satu luahan di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘angau’, kejar janda tunangan orang! Tidur lewat sebab bermesej, dah tak nampak kebaikan isteri sendiri

Namun apa yang tidak sedap mata memandang apabila ia merupakan hubungan sulit memandangkan peniaga lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin.

Lebih dikesalkan kegiatan pasangan itu dibuat dalam keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan.

Sebagai teman rapat, dia mengambil inisiatif untuk menasihati rakannya itu untuk tidak bersikap curang dan menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain.

"Si kawan ni pula, anak bini dia saya kenal. Saya dah nasihat, tapi tak jalan juga. Ya lah, benda tak baik depan mata tak kan diam je kan," ujarnya.

Seorang peniaga wanita melayan pelanggannya di bazar Aidilfitri. -Gambar hiasan (The Star)

Apa yang lebih mengecewakan adalah 'penyondol' itu dari awal mengetahui rakannya itu berstatus suami orang dan mempunyai anak-anak.

Namun malangnya, perkara itu tidak mengubah perasaan dan pendiriannya.

"Si perempuan ni pula, dia tahu si lelaki ni dah ada anak bini. Tapi tetap layan juga," tambahnya lagi.

Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Tak sedar status diri.

NETIZEN

Menurutnya, timbul rasa bersalah dalam diri kerana menyaksikan drama 'pasangan bercinta' itu di depan mata sambil mengenangkan nasib isteri dan anak-anak rakannya.

"Saya rasa kasihan dan bersalah pula dengan bini kawan saya ni sebab kira bersubahat pula. Kasihan dengan anak bini dia tunggu kat rumah, tapi laki buat hal kat luar. Tolong bagi pendapat," katanya yang buntu apakah yang harus dilakukannya.

Si isteri tidak mengetahui hubungan suaminya dengan seorang peniaga wanita. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kecurangan seorang peniaga bazar raya dalam kesibukannya mencari rezeki.

Pada masa sama, mereka turut menasihatkan lelaki berkenaan tidak bersubahat dengan tindakan rakannya itu dan berharap agar si isteri menyaksikan sendiri 'drama' suaminya bersama peniaga wanita berkenaan.

"Abang jangan bersubahat tau. Benda tu dah terang-terang tak elok. Esok suruh isteri kawan abang senyap-senyap intip mereka kat bazar. Nanti dah habis Ramadan susah kalau mereka jumpa kat hotel.

"Pada aku, bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Memang ada jenis macam tu. Tak sedar status diri. Kalau mampu berpoligami, lainlah juga.

"Beritahu bini dia suruh datang bazar. Set timing yang sesuai masa terjadinya sandiwara itu baru okay. Jangan tunjuk masa tak ada bukti, risau bini was-was tak percaya. Biar bini tengok depan mata sendiri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain