suria

Ziarah pusara ayah, terkedu dengar suara misteri baca al-Mulk di kubur sebelah kiri... Wanita yakin tiada pelawat lain

Setiap pelawat perlu menjaga adab dan kesucian ketika menziarahi kubur. -Gambar hiasan

SUASANA di tanah perkuburan biasanya sunyi sepi tanpa sebarang suara.

Jika ada pelawat, maka akan kedengaran suara-suara mereka yang sedang membaca ayat suci al-Quran atau berdoa dekat pusara.

Terbaharu, kisah seorang wanita yang mendengar suara misteri ketika menziarahi kubur arwah bapanya meraih perhatian ramai di media sosial.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Kehadiran pelawat ke tanah perkuburan dijangka meningkat pada Aidilfitri. -Gambar hiasan

Menerusi perkongsian di TikTok, individu itu mendakwa terdengar suara misteri dari sebuah pusara yang mengalunkan bacaan surah al-Mulk.

"Pengalaman aku ketika di kubur. Aku cerita ni jangan pula anggap benda yang pelik. Tetapi inilah pengalaman pelik aku. Ketika itu, aku, ibu dan kakak ziarah kubur ayah.

"Aku pula tak boleh keluar kereta sebab tengah datang bulan. Kereta parking dekat dengan kawasan kubur tapi kubur ayah aku jauh. Jadi suara akak dan mak pasti tak dengar.

Ketika itu, memang tiada orang langsung di sebelah kiri. Aku takut.

WANITA ZIARAH KUBUR

"Dengan keadaan sunyi, tiba-tiba aku mendengar suara sayu. Aku terdiam. Ketika aku aku cuba dengar. Rupanya kubur sebelah kiri. Dengar suara perempuan membaca surah al-Mulk," dakwa individu itu.

Menurut wanita itu lagi, dia sekadar mahu berkongsi pengalamannya menerusi TikTok dan tidak kisah sekiranya ada yang mempertikaikan kebenaran kisah berkenaan.

"Aku menjadi terdiam. Ketika itu, memang tiada orang langsung di sebelah kiri. Aku takut. Aku cuba positif, mungkin (suara bacaan) dari surau.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan ‘assalamualaikum’ di kubur abah tiba-tiba dijawab, anak rungkai misteri suara halus - “Mungkin arwah gembira kami datang”

ARTIKEL BERKAITAN: Masa ziarah tenang je suasana tanah perkuburan, dari mana datang ‘suara lain’ dalam video? Wanita anggap Allah beri peluang rakam alam kubur

"Tetapi aku pelik. Suara itu sayu saja. Aku takut. Aku jadi kaku dalam kereta. Nak percaya atau tak, itu terpulang, hak masing-masing," ujarnya lagi.

Perkongsian wanita itu meraih hampir 60,000 tontonan, malah ia turut dibanjiri komen netizen termasuklah yang pernah melalui kejadian sama.

"Pengalaman saya selepas orang pulang kebumikan jenazah. Saya kat kubur arwah mak bersihkan pokok. Tiba-tiba tengah cangkung tu saya dengar suara lelaki minta tolong.

WhatsApp Image 2024-04-02 at 12.19.03 PM

Pemergian orang tersayang sentiasa dirapati, apatah lagi pada bulan mulia ini. -Gambar hiasan

"Percaya atau tak nombor dua. Tetapi pengajaran di sebalik cerita awak ni Insya-Allah berguna untuk saya.

"Tak mustahil. Pernah terjadi pada saya. Terdengar suara yang sebut Allah. Toleh belakang tiada sesiapa.

"Saya percaya, tak mustahil dengan kuasa Allah," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain