suria

Ada 7 beradik lelaki, pemuda akui lebih jimat beli kurta sempena Aidilfitri... Netizen pula berbalah isu tradisi baju Melayu

Ramai berpendapat baju Melayu dijual terlalu mahal sehingga membebankan pembeli. -Gambar hiasan

BAGI majoriti lelaki di Malaysia, baju Melayu menjadi persalinan utama mereka setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Namun sejak beberapa tahun lalu, timbul trend baharu yang mana sebilangan mereka memilih untuk menggayakan kurta sempena menyambut lebaran.

Terbaharu, seorang individu tular di laman X selepas dia menggesa lelaki Malaysia menghentikan budaya pemakaian kurta pada hari raya.

A reflection Awab Anas is seen on a mirror as he fitting out Baju Melayu' for   upcoming Hari Raya celebration at Bazaar Aidilfitri  KL ,in Lorong TAR.(10/4/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Kebanyakan lelaki akan menggayakan baju Melayu pada pagi Syawal. -Gambar hiasan

"Hentikan budaya pakai kurta bersama jeans ketika hari raya. I said what I said. Pakailah baju Melayu. Teluk belanga ke, cekak musang ke," ciapnya.

Menerima lebih 6,000 ulang kicau, ciapan berkenaan bagaimanapun menerima reaksi berbeza-beza netizen, malah ramai juga yang tidak setuju dengan saranannya.

Menurut seorang lagi pemuda di laman X, kurta menjadi pilihan sebilangan rakyat negara ini memandangkan harganya yang lebih murah berbanding baju Melayu.

Privileged people tak akan faham. Ada sesetengah orang beli kurta sebab harga dia jauh lagi murah.

PEMUDA X

Jelasnya, pembelian baju Melayu boleh menjadi satu bebanan kos sekiranya terdapat ramai adik-beradik lelaki dalam sesebuah keluarga.

"Privileged people tak akan faham. Ada sesetengah orang beli kurta sebab harga dia jauh lagi murah.

"Lagi-lagi yang adik-beradik lelaki ramai. Dalam keluarga aku ada tujuh orang lelaki. Tujuh darab RM80, bersamaan RM560

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Leng chai’ untung besar sepanjang Ramadan! Buat live TikTok boleh jual 700 pasang baju Melayu sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen perlekeh tauke baju Melayu viral, dituduh naik guna harta keluarga... Kakak cerita detik sukar jenama Bulan Bintang

"Tak rasa mahal? Sebab tu aku cakap, privileged people takkan faham. Kalau mampu, beli je okey baju Melayu. Kalau tak mampu, beli je baju apa-apa.

"Sunat pakai baju baharu pada pagi Aidilfitri," ujarnya sambil menambah kebanyakan kurta dijual pada harga bawah RM50 sehelai.

Disebabkan ciapan itu, beberapa netizen turut berkongsi tip untuk mereka yang mahu mendapatkan baju Melayu dengan harga yang berpatutan.

Kata netizen, sebenarnya baju Melayu yang murah boleh didapati dengan mudah di negara ini, namun masih ramai yang tidak menyedari hal itu.

Last-minute Raya shopping. in Jalan Tuanku Abdul Rahman

Harga baju Melayu boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit. -Gambar hiasan

"Malam raya tunggu seller buang harga (beri diskaun) kat downtown dapat la kurta harga RM20, RM30. Merasalah beli dua helai.

"Hang ingat baju Melayu murah tu tak wujud? Dekat Carousell berlambak baju Melayu berkualiti second yang murah. Tak perlu tunggu raya baru nak beli, beli awal-awal murah.

"Persoalannya, bila lagi orang Melayu nak pakai baju Melayu, lagi-lagi lelaki. Siapa lagi nak memartabatkan baju Melayu kalau bukan kita?

"Baju murah banyak je. Kalau TikTok buat live lelong, RM30 pun dapat.

"Simple search on Shopee dah boleh dapat dah baju Melayu murah," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain