suria

‘Leng chai’ untung besar sepanjang Ramadan! Buat live TikTok boleh jual 700 pasang baju Melayu sehari

Baju Melayu yang dijual oleh Shawn laris sepanjang Ramadan.

HARI Raya Aidilfitri tahun ini mengukir senyuman luar biasa buat seorang jejaka berbangsa Cina yang dikenali sebagai Pam Zhen Shen.

Mana tidaknya, pelari berusia 24 tahun itu meraih pendapatan lumayan atas usaha kerasnya yang gigih berniaga baju Melayu sejak bulan Mac lalu.

Mesra disapa Shawn, dia yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan berjaya menghabiskan ribuan stok baju Melayu dengan hanya berniaga melalui siaran langsung (live) TikTok.

shawn2

Shawn berterima kasih atas sokongan ramai terhadapnya.

"Saya mula jual baju Melayu pada 5 Mac. Masa tu jualan tak berapa bagus. Tapi, pada hari pertama puasa, jualan terus meningkat. Memang ramai orang beli.

"Saya tak pasti dah berapa banyak terjual. Tapi biasanya, lebih 200 pasang baju Melayu terjual setiap hari. Ada juga masanya saya berjaya sold out lebih 700 pasang baju Melayu dalam sehari.

Walaupun saya Cina tapi tetap sokong dengan beli baju Melayu tak kira bangsa.

PAM ZHEN SHEN

"Saya anggarkan dah lebih 3,000 pasang baju Melayu saya jual. Tapi saya dah berhenti berniaga dalam live pada 17 April sebab kurier dah off. Stok pun asyik tak ada. Kalau ada stok, memang lagi banyak terjual," ujarnya kepada mStar.

Menurut Shawn, dia bersyukur dengan hasil memberangsangkan biarpun baru sahaja berjinak-jinak sebagai peniaga baju Melayu pada tahun ini.

"Memang daripada awal impian saya nak jadi live streamer. Satu hari, ada orang mesej saya suruh join dia live, jual makanan kucing. Saya pun cubalah, tapi saya lebih selesa jual baju. Sejak itu saya mula berniaga baju.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, pemurah pula! Jadi juara 26 kali, pelari dedah rahsia kerap sumbang wang kemenangan untuk kebajikan

ARTIKEL BERKAITAN: Penat 3 hari, ‘zero’ untung! 100kg santan segar ditempah pelanggan basi menjelang raya, pemuda akui kurang pengalaman

"Sepanjang buat live berniaga baju di TikTok, saya pernah dapat Top 1 Fashion Creator Award sebanyak dua kali. Dalam sehari saya buat live enam jam melalui dua sesi.

"Yang bagusnya, TikTok banyak bagi baucar. Jadi pelanggan boleh dapat harga murah, penghantaran pun laju. Baju Melayu saya jual pada harga RM99 saja, lepas diskaun menjadi RM90," ujar Shawn sambil menambah bahawa baju Melayu warna hitam, sage green dan nude merupakan best seller pada tahun ini.

Mengenai raya, Shawn berkata dia turut menerima 30 pasang baju Melayu percuma yang digunakan sebagai sampel ketika dia berniaga menerusi live.

shawm3

Shawn berehat daripada sukan larian ekoran kecederaan yang dialami empat bulan lalu.

Malah, Shawn berkata dia tidak sabar untuk menziarahi rumah kawan-kawan beragama Islam ketika raya dan akan meneruskan perniagaan dalam talian seperti biasa.

"Setiap kali raya, saya paling suka lemang, rendang dan biskut raya. Sudah tentu saya akan ziarah rumah kawan-kawan Melayu. Selain itu, saya juga akan teruskan buat live.

"Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana beri sokongan. Semoga raya kali ini lebih meriah dengan baju Melayu yang anda beli. Confirm auto handsome apabila pakai.

shawn4

Shawn sering menghadiahkan wang kemenangan dalam sukan larian kepada insan-insan memerlukan.

"Juga terima kasih kepada semua yang berikan sokongan, walaupun saya Cina tapi tetap sokong saya dengan beli baju Melayu tak kira bangsa," ujar Shawn.

Shawn juga akui gembira apabila menerima komen-komen pujian netizen tentang rupa parasnya setiap kali dia memuat naik video menggayakan baju Melayu menerusi TikTok.

Dalam pada itu, Shawn berkata dia sudah empat bulan berehat daripada sukan larian ekoran kecederaan kaki yang dialami.

shawn5

Jualan baju Melayu Shawn mula laris sejak hari pertama Ramadan.

"Walaupun tak berlari, tapi setiap hari saya buat sekurang-kurangnya 300 push up. Kecederaan dah berlarutan empat bulan, masih belum pulih lagi," ujarnya.

Untuk rekod, kisah Shawn yang juga seorang pelari pernah mendapat liputan mStar pada Januari lalu.

Shawn yang pernah merangkul gelaran juara sebanyak 26 kali menjadi perhatian kerana dia sering menghadiahkan wang kemenangan kepada insan-insan memerlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain