suria

Terguris hati dengan 'geng makcik' tarawih di masjid... Boleh bawa gaduh disuruh rapat saf, tak pun kena jeling!

Rumah ibadat umat Islam menjadi meriah tatkala tibanya Ramadan. -Gambar hiasan

TIBANYA bulan Ramadan, masjid dan surau akan diimarahkan dengan pelbagai amal ibadah.

Antaranya solat sunat tarawih secara berjemaah yang boleh diadakan sebanyak lapan atau 21 rakaat mengkut imam masing-masing.

Namun, dalam semangat yang berkobar-kobar untuk mengejar pahala berlipat ganda, ada juga berlakunya insiden yang kurang menyenangkan.

Solat tarawih antara ibadah tumpuan ketika Ramadan. -Gambar hiasan

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita menzahirkan rasa terkilan dengan sikap beberapa jemaah lanjut usia di sebuah masjid yang disinggahinya.

Menurutnya, dia dipandang serong oleh beberapa jemaah kerana isu merapatkan dan memenuhkan saf yang lompong.

"Kita semua tahu yang dalam Islam, kita digalakkan untuk merapatkan saf apabila solat berjemaah. Jadi ketika kejadian, saya ajak beberapa orang makcik di kiri dan kanan saya untuk tutup saf.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah tak setuju surau ‘tebuk’ solat tarawih, selit tazkirah sampai 30 minit - “Kita bukan orang pencen free sepanjang masa”

ARTIKEL BERKAITAN: Makmum merungut imam Subuh baca surah panjang, terkejar-kejar nak hadap trafik sesak pergi kerja

"Tapi mereka tak mahu berganjak, sebaliknya mereka pula yang suruh saya rapatkan saf ke arah mereka. Apabila saya minta mereka yang di saf belakang untuk masuk ke depan pun mereka tolak.

"Apabila ditanyakan mengapa, mereka cakap tak mahu sempit-sempit nanti susah nak tahiyat akhir. Saya bersangka baik, mungkin mereka ada sakit artritis (keradangan sendi), kalau orang terlanggar kaki memang perit.

"Sejak terjadinya macam tu, saya pilih untuk solat dekat luar je pada hari-hari berikutnya. Lagipun senang nak pantau anak, kalau bising, nanti makcik tu juga yang terganggu," ujarnya.

Disuruhnya saya pergi penuhkan saf depan padahal saya datang lagi lewat kot.

WARGA MAYA

Walaupun begitu, isu berbangkit tidak selesai setakat itu apabila konflik kembali timbul melibatkan wanita tersebut dan kumpulan jemaah berkenaan.

"Tengah saya bersolat di luar, tiba-tiba saya disapa oleh kumpulan makcik tu. Mereka suruh saya masuk ke dalam dan penuhkan saf. Katanya yang muda patut di depan dan biar yang tua di belakang.

"Saya macam runsing, apa yang makcik ni nak sebenarnya? Kalau anak bising, saya juga yang akan dimarahinya nanti. Pening la nak hadap golongan milenial ni," keluh wanita itu.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berkongsikan pengalaman sama.

"Betul, kebanyakan makcik tua memang macam tu, saya pun selalu kena. Disuruhnya saya pergi penuhkan saf depan padahal saya datang lagi lewat kot.

"Kalau betul pun sakit nak duduk tahiyat akhir, boleh je kan buat tahiyat awal. Itu alasan je sebenarnya. Satu lagi mereka yang berat nak rapat saf ni sebab takut orang terpijak telekung. Ataupun nak cop tempat kipas.

"Sama dengan masjid dekat tempat saya. Masing-masing awal dah letak sejadah lepas tu tak nak rapatkan saf, bila kita tegur dijelingnya kita," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!