suria

Kahwin 14 tahun tak pernah ada privasi sebab mak mentua ‘kaki mengekor’, suami pula ambil ganja... Isteri hilang sabar!

Antara faktor punca pergolakan rumah tangga adalah scampur tangan keluarga. -Gambar hiasan

LUMRAH dalam setiap perkahwinan pasti akan ditimpa ujian sama ada kecil atau besar.

Ada perkahwinan yang diuji dengan kehadiran orang ketiga, situasi kewangan, campur tangan keluarga atau mentua, sikap pasangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan kisah yang dilalui oleh wanita ini yang mana dia mengakui sudah tawar hati dengan perkahwinan yang dibina sejak 14 tahun lalu gara-gara campur tangan mentua dan sikap suami yang baran selain mengambil bahan terlarang.

"Faktornya sebab dari awal perkahwinan, MIL (ibu mentua) saya masuk campur dalam urusan kami. Sekarang kami duduk di rumah yang suami dirikan di atas tanah ibu mentua dan ibu mentua duduk sekali dengan kami.

"Rumah dikelilingi abang dan kakak ipar, bab privasi memang tiada sebab ibu mentua suka ajak sesiapa datang rumah tanpa inform kami dahulu.

"Dari awal usia perkahwinan, ibu mentua 24 jam ikut je ke mana kami pergi. Tiada istilah holiday buat kami sekeluarga.

"Masa kami belum ada anak, kalau tidur hotel pun saya yang akan tidur atas katil dengan ibu mentua, suami akan tidur tilam lain," luahnya.

J

Kebanyakan wanita lebih suka menetap di kediaman sendiri berbanding sebumbung dengan keluarga atau mentua. -Gambar hiasan

Berkongsi kisah mengenai si suami pula, wanita berkenaan berkata lelaki tersebut tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Namun ujar wanita itu, suaminya seorang yang panas baran dan mengambil marijuana biarpun tidak pernah meninggalkan solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis merungut bakal mak mentua jenis cakap lepas, BF terus hilang sabar - “Mak aku tu, aku lempang kau nanti!”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu mula rasa benci, mentua asyik minta duit! Pelik wang belanja RM7,500 sebulan tak pernah cukup

"Bab nafkah, semua bil tiap bulan dia selesaikan. Tapi saya sendiri berniaga kecil-kecilan di rumah buat kuih. Itu pun jika anak kecil behave dan mood okay.

"Tapi suami saya nak sampai ke hujung bulan duit dia akan kering, bila dah tension dia akan cepat marah. Kadang-kadang jika duit kuih saya ada lebih, saya akan bagi pada suami.

"Kadang-kadang saya rasa tak adil sebab apa-apa keperluan diri, saya beli guna duit saya niaga.

"Suami ada ambil marijuana tapi solat tak tinggal. Dia ambil marijuana ni tak selalu... bila ada duit lebih sikit baru dia ambil semula," luahnya.

Saya rasa jalan terbaik memang bercerai. Perangai ibu mentua tu jangan harap nak berubah.

NETIZEN

Menurutnya lagi, sepanjang usia perkahwinan, dia hanya mampu bersabar biarpun sudah berasa tawar hati kerana 'terhalang' dek status sebagai seorang suri rumah selain memikirkan anak-anak.

"Saya tiada saving, tiada income tetap. Kalau saya buat kuih, adalah duit untuk belanja diri.

"Jika saya failkan fasakh, boleh ke saya tuntut hak sepencarian dan nafkah anak? Ada ke lawyer yang bagi khidmat percuma untuk kes macam ni?

"Saya tak nak libatkan family saya dan jika berlaku apa-apa antara kami, keluarga saya ikut saja setiap keputusan saya. Tapi untuk balik duduk rumah orang tua, mungkinlah tidak sebab keluarga saya pun bukan orang senang," kongsinya dalam laman grup Facebook Tanya Peguam.

KOMEN SUAMI

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalah rumah tangga wanita berkenaan namun rata-ratanya menyarankan supaya dia berundur.

"Berpisahlah puan. Saya yang baca pun tension dengan sikap ibu mentua dan suami. Semoga dipermudahkan segala urusan.

"Saya rasa jalan terbaik memang bercerai. Perangai ibu mentua tu jangan harap nak berubah. Silap cakap nanti kata kita menantu puaka.

"Pergi pejabat agama dulu kak, jumpa kaunselor, bincang minta nasihat daripada mereka. Tapi kena pergi berdua, jangan usung ibu mentua," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain