suria

Pemandu e-hailing tahan berak, tak puas hati stesen minyak kunci tandas! Sanggup bayar kalau kena caj

Seorang pemuda meluahkan rasa kesal kerana tandas di stesen minyak ditutup selepas tengah malam.

SELAIN kawasan rehat dan rawat (R&R), lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menggunakan tandas awam tentunya di stesen minyak.

Ia menjadi keperluan pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi ketika awal pagi.

Namun, apa yang boleh menimbulkan ketidakpuashatian apabila sesetengah stesen minyak didakwa menutup tandas untuk kegunaan orang awam selepas tengah malam.

Seorang pemuda meluahkan kesulitan yang dialaminya ketika mencari rezeki sebagai pemandu kenderaan e-hailing.

“Sekarang aku tak faham dengan pam minyak (stesen minyak) kat Malaysia ni. Kalau korang buka tandas, boleh bankrap ke perniagaan korang ni?

“Sekarang pukul 3 pagi, aku sebagai rider yang ambil dan hantar orang. Rasanya dah lebih sembilan pam minyak aku pergi semua tandasnya tutup. Boleh bankrap ke kalau korang bagi pelanggan tumpang tandas?

Pemuda ini menunjukkan wang kertas untuk membayar caj penggunaan tandas.

Menerusi perkongsian video, pemuda itu meluahkan bahawa dia pergi ke stesen minyak bukan hanya untuk ke tandas, tetapi menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Jejaka rajin ‘update’ aktiviti di tandas, kongsi gambar selfie sedang buang air besar... Gadis sporting layan tunang kaki berak

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa berak dalam urinal bowl? Pekerja stesen minyak nyaris muntah kaut tahi - “Gigil tangan dia, kesian”

“Aku isi minyak, siap beli air minuman. Bukan tak support, support la. Tapi korang buat pelanggan nak tumpang tandas macam apa entah.

“Pukul 3 pagi takkan kami nak ketuk pintu rumah orang yang tak kenal untuk tumpang tandas. Bukannya kami nak hancurkan tandas korang, tidak.

“Buka je la tandas korang. Kami ni nak kencing kat mana? Takkan kami nak kena kencing kat tepi jalan? Stres aku,” ujarnya lagi.

Tolonglah jangan berkira sangat dengan pelanggan... pelanggan juga yang support perniagaan.

NETIZEN

Dia kemudian menegaskan bahawa tiada masalah baginya sekiranya pengusaha stesen minyak mengenakan caj untuk penggunaan tandas selepas tengah malam.

“Kalau pagi-pagi buta macam ni nak caj 50 sen, 30 sen ke 20 sen untuk tumpang tandas, korang caj la. Kami tak kisah, kami bayar.

“Masalahnya sekarang dah pukul 3 pagi lebih ni, aku dah sakit perut nak terkencing, nak terberak. Baru lepas isi minyak, beli air minuman kat tempat korang, tapi tak buka tandas.

“Tolonglah jangan berkira sangat dengan pelanggan... pelanggan juga yang support perniagaan korang,” katanya dengan nada kecewa.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan kekecewaan mereka berhubung penutupan tandas awam di sesetengah stesen minyak selepas tengah malam.

Pada masa sama, ada yang memberi pandangan bahawa waktu tersebut tiada pekerja yang bertugas untuk membersihkan tandas berkenaan.

“Malas nak cuci... tu sebab tu malam dia akan kunci.

“Betul, saya bawa Grab malam nak buang air memang susah. Tumpang kat kedai mamak paling pun nak tapau air, saja tumpang malu lah.

“Ini untuk keselamatan la sebab masa tu orang tak ramai pergi tandas. Mana tahu kes bahaya.

“Ada sebab la tu, pagi-pagi buta orang tak ada. Nanti bukan manusia yang masuk dalam tandas tu” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain