suria

Sweetnya! Jejaka rajin ‘update’ aktiviti di tandas, kongsi gambar selfie sedang buang air besar... Gadis sporting layan tunang kaki berak

Seorang gadis berkongsi mengenai tabiat tunangnya yang suka membuang air besar.

BERKONGSI jadual dan rutin harian bersama pasangan tersayang sudah menjadi perkara biasa.

Cara ini bukan sahaja menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat, malah secara tidak langsung menjadikan hubungan itu lebih kukuh.

Ia juga dikatakan membantu menjadikan hubungan yang hambar kembali segar.

Bertanya khabar, waktu makan pasangan dan apa saja yang dilakukan merupakan antara perkongsian yang biasa didengar.

tunang 3

Tunang berkongsi gambar swafoto sedang membuang air besar.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, seorang gadis berkongsi mengenai tabiat tunangnya yang sering memaklumkan tentang keberadaannya di dalam tandas.

Menjadi intipati perbualan antara mereka, si tunang akan memberitahu dirinya sedang membuang air besar berserta gambar swafoto atau selfie ketika melakukannya.

“Jap, tak tahan nak berak,” menurut tunang gadis itu yang menghantar gambarnya tersenyum di dalam tandas.

Bukan sahaja di tandas di rumah, malah lelaki berkenaan turut mengemaskini pergerakannya di luar termasuk ketika di berada tandas awam.

“B sampai Sungai Besi sudah. Berhenti dekat stesen minyak nak berak,” ujar tunangnya dengan kiriman gambar swafoto di tandas.

tunang 2

Selain berkongsi foto, tunangnya sentiasa mengemaskini aktiviti di dalam tandas.

Dalam siri tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang dimuat naiknya di TikTok sehingga tular, gadis berkenaan turut melayan tunangnya yang sedang membuang air besar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lelaki kiriman Tuhan' pernah menangis, cair dengan wanita tanpa tangan! Mesej nak berkenalan hanya dibalas selepas 2 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Masa bercinta bukan main garang, lepas kahwin tiba-tiba suami jadi sweet! Wanita ini bikin netizen cemburu, doa dapat jodoh sama sifat

“Makan apa tadi ni tiba-tiba berak,” soalnya.

“Berak sikit je sebab tak makan lagi. Keluar pun sikit je,” balas si tunang.

Apa berak memanjang siap bukti gambar tengah berak?

NETIZEN

Dalam hantaran sama, gadis berkenaan turut mendedahkan beberapa swafoto tunangnya yang dipercayai sedang membuang air besar di tandas.

Difahamkan, pasangan itu bertunang pada tahun ini dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

tunang 4

Setiap perbualan akan disertakan dengan aktiviti membuang air besar.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perkongsiannya sebagai menggelikan hati.

“Kuat berak dia ni.

“Kelakar la hahaha.

“Hahaha maafkan usus saya,” komen netizen.

Dalam pada itu, tidak terkecuali beberapa komen yang terkejut dengan perkongsian gadis berkenaan yang bercerita mengenai tabiat tunangnya.

“Apa berak memanjang siap bukti gambar tengah berak?” soal netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi