suria

Tampal nota, letak barang kerja di seat penumpang... Netizen beri cadangan, elak mak ayah tertinggal anak dalam kereta

Nota ditampal pada steering supaya ibu mahupun ayah akan lebih peka tentang anak.

INSIDEN bayi dan kanak-kanak maut akibat kepanasan atau lemas kerana ditinggalkan di dalam kereta semakin kerap berlaku.

Kebanyakan ibu bapa meluahkan rasa sedih kerana situasi tersebut berlaku disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja mereka.

Dalam kejadian terbaharu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam berada dalam kenderaan, gara-gara ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika.

Kerusi bayi sering diletakkan di tempat duduk belakang demi keselamatan. -Gambar hiasan

Kerusi bayi sering diletakkan di tempat duduk belakang demi keselamatan. -Gambar hiasan

Susulan beberapa kejadian seperti itu, seorang pelayar Facebook mencadangkan supaya nota 'check anak belakang!' ditampal pada steering kenderaan.

Dia berpendapat, dengan kaedah tersebut dapat mengurangkan sedikit risiko tertinggal anak di dalam kenderaan.

"Tip letak note untuk parents yang sejenis cepat lupa," katanya menerusi hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat OOTD foto raya bertiga, anak ‘habis nyawa’ dalam pelukan ibu 2 hari sebelum Aidilfitri... Tangisan pelik petanda hujung usia

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa selepas ajal! Anak kerja kedai makan meninggal, ibu terkejut ada lelaki datang rumah beritahu arwah tinggalkan RM800,000

Mana tidaknya, steering merupakan alatan yang sering digunakan oleh pemandu.

Dengan meletakkan nota padanya dapat membantu para ibu atau bapa untuk lebih peka terutama sekali mereka yang gemar meletakkan anak di tempat duduk belakang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Warga maya tampil dengan idea masing-masing.

Warga maya tampil dengan idea masing-masing.

Rata-ratanya bersetuju dengan cadangan yang diketengahkan kerana dilihat dapat membantu mengelakkan kejadian seumpamanya berulang.

"Susah nak terangkan kalau yang tak pernah alami. Kadang-kadang kau beria letak notis macam ni pun, lupa nak baca.

"Bagus, kalau saya memang tulis macam ni letak di tempat mudah dilihat, kalau boleh kat meja kerja pun letak... paling tidak mesti terbaca kalau dah betul-betul terlupa.

"Jadikan amalan setiap kali nak turun kereta untuk periksa semua tempat duduk sama ada depan atau belakang," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang turut memberikan beberapa cadangan tambahan bagi mengelakkan insiden seperti itu berlaku.

"Saya sarankan handbag, laptop bag, working bag diletakkan di tempat duduk belakang... sekurang-kurangnya apabila kita nak turun, kita akan ambil beg di tempat duduk belakang dan perasan.

"Anak letak kat tempat duduk sebelah pemandu, insyaAllah tak lupa.

"Tip sebelum turun dari kereta atau matikan enjin pastikan anak telah dihantar ke rumah pengasuh. Jadikan sebagai checklist, rutin pemeriksaan kenderaan sebelum atau selepas bergerak.

"Buat alarm pada telefon 'hantar anak nursery'. Tetapkan masa yang sepatutnya sampai sana, sekurang-kurangnya terlupa dan dah bergerak ke tempat kerja dapat patah balik," tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain