suria

Syukur roommate bukan pengotor, kemas serba serbi... Level pembersih ibarat sehelai rambut pun nak disapu!

Gambar sekitar bilik yang didiami gadis tersebut bersama rakannya.

SERING kali kita disajikan dengan keluhan ramai mengenai sikap rakan serumah atau rakan sebilik yang pemalas dan pengotor.

Bayangkan setiap kali buka pintu rumah, bau kurang menyenangkan mula menusuk hidung ditambah pula dengan barang-barang bersepah yang menyakitkan mata.

Dalam kebanyakan kes, si pelaku biasanya 'tidak makan saman' apabila ditegur membuatkan rakan serumah yang lain terpaksa berpindah keluar kerana tidak tahan dengan sikap pengotornya.

Justeru, amat bertuah mereka yang dikurniakan housemate atau roommate yang bukan sahaja pembersih tetapi rajin mengemas dan menghias, sebagaimana perkongsian seorang gadis ini di TikTok.

RUMET 2

Tandas turut kelihatan bersih dan kemas.

Menerusi perkongsian berkenaan, gadis tersebut yang merupakan seorang penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mendedahkan tabiat pembersih rakan sebiliknya yang digelar 'roommate dari syurga'.

"Kasut semua susun elok-elok, kasut hitam, kasut sukan, kasut kelas dan selipar. Bukan berterabur dekat hallway.

"Meja study sentiasa kemas, katil sentiasa kemas... tak adalah sakit mata. Tetaplah menyapu walau sehelai rambut.

"Bersihkan tandas pun sama-sama. Tak tinggalkan pinggan yang dah pakai terbiar dekat singki," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen buru 8 penghuni rumah sewa, tak sangka lelaki pembersih masih wujud... Sudah la handsome, pandai mengemas pula!

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa tinggal macam-macam makanan, siap tolong kemas rumah... Pemilik homestay terharu, rezeki dapat tetamu ada ‘common sense’

Malah tambah gadis berkenaan, rakan sebiliknya juga sering mengingatkannya untuk mendirikan solat selain tidak berat tulang menghulurkan bantuan tanpa diminta.

"Dia tolong angkatkan baju bila hari nak hujan. Basuh baju ikut turn... tak adalah baju roommate kita yang kering tu basah semula. Apa yang penting, kerjasama," tulisnya lagi.

Aku ni sakit hati je dapat roommate dah lima minggu berturut-turut kena bersihkan toilet.

NETIZEN

Berserta perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar keadaan bilik kolej yang begitu kemas serta bersih.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya menyifatkan gadis berkenaan begitu beruntung kerana tidak semua orang bertuah mendapat roommate yang mempunyai common sense.

KOMEN RUMET

Ramai menyifatkan gadis berkenaan beruntung dikurniakan rakan sebilik pembersih.

"Untunglah dapat roommate macam tu. Aku ni sakit hati je dapat roommate dah lima minggu berturut-turut kena bersihkan toilet.

"Saya pernah ada roommate student kulinari... banyak kali lupa tutup api dekat stove dan tong sampah dibiarkan sampai berulat sebab buang telur dan daging.

"Aku punya roommate time balik kelas, habis basah meja dengan katil aku kena air hujan. Dia tak tolong pun tutup tingkap... terbungkang main telefon," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain