suria

Tengah leka bancuh susu anak, ular sawa muncul depan singki! Pukul 1 pagi bomba sampai, tapi balik tangan kosong

Seri berkongsi pengalaman rumahnya dimasuki ular sawa.

TANPA diduga ketika orang lain lena diulit mimpi, seorang wanita didatangi ‘tetamu’ tidak diundang.

Lebih mencemaskan, ia muncul secara senyap di bahagian dapur rumah.

“Allahuakbar, nak tercabut jantung,” tulis wanita itu menerusi perkongsian video di laman sosial yang menunjukkan seekor ular sawa menjalar dari atas siling rumah.

Masih tidak mempercayai dengan kejadian yang berlaku, wanita berkenaan, Seri Hanyida Zaini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada Selasa lalu.

Mesra disapa Seri, katanya pada ketika itu dia ke dapur kerana mahu membancuh susu buat anak perempuannya berusia setahun.

“Selepas bancuh, saya goncang dulu botol susu tu. Sambil tu mata saya melilau di sekeliling dapur dan tiba-tiba terpandang sesuatu di singki.

“Saya terkejut dan meremang kerana apa yang dilihat di depan mata tersangat besar. Saya melihat seekor ular sawa menjalar antara siling dapur dan singki,” katanya kepada mStar.

Bahagian luar dapur dipercayai laluan ular sawa.

Seri yang berusia 31 tahun itu berkata, terlintas di fikirannya untuk memanggil bapanya di ruang tamu, memandangkan suaminya sedang menjaga anak di bilik tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik belut yang dibeli suami, hitam bersisik kepalanya kembang dalam singki! Rupanya ular sedang ratah ayam

ARTIKEL BERKAITAN: Ular sawa muncul dari bonet, menjalar depan cermin... Suami isteri cuba bertenang dalam kereta, 15 minit cari balai bomba

“Masa tu saya tak berapa nampak kepala ular di atas siling atau di singki. Saya panggil ayah sebab dia pernah tangkap ular sebelum ini.

“Saya cepat-cepat pergi ambil telefon untuk rakam sebagai bukti. Ada kekuatan untuk tengok sebab masa tu saya hanya risaukan anak yang masih kecil,” ujarnya yang menetap di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Seri (kanan) dan suami (kiri) bersama bapanya.

Bukan kejadian pertama kali kediamannya dimasuki ular, namun suri rumah itu memberitahu sebelum ini hanya reptilia bersaiz kecil dan tidak berbisa.

“Selepas ambil telefon nak rakam, saya terkejut rupa-rupanya kepala ular tu di bawah, dekat singki. Saya tak perasan sejak awal, tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau leka buat susu anak dekat singki.

Tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau leka buat susu anak dekat singki.

SERI HANYIDA ZAINI

“Ayah datang ke dapur dengan bawa parang untuk halau ular. Tapi ular tu cepat naik semula ke siling yang berlubang. Memang cemas, kami hanya lakukan apa yang sempat untuk bertindak,” katanya sambil menambah suaminya ke luar rumah untuk menyelamatkan anak.

Seri kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan dan dimaklumkan mereka baru menangkap seekor ular yang memasuki di sebuah rumah di kawasan kampungnya, pada hari berkenaan.

Pasukan bomba tiba di rumah untuk menangkap ular sawa.

Selepas kira-kira sejam pihak bomba melakukan pemeriksaan di sekitar rumah, namun malangnya si batik panjang itu tidak dijumpai.

“Bomba balik dengan tangan kosong. Mereka buat kesimpulan mungkin ular sawa tu dah keluar ikut ruang di tepi bumbung rumah,” katanya lagi.

Seri dan suami bimbang keselamatan anak.

Sejak kejadian itu, Seri mengakui hidupnya masih dalam ketakutan tetapi sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling dan memantau pergerakan anaknya.

“Saya tak bagi dia main seorang diri. Saya pastikan ada bersama dia, 24 jam. Rumah saya ni atas bukit dekat kawasan hutan, jadi risau kalau ular tu datang balik.

“Sekarang pula musim hujan, rumah ni memang sejuk dan ular suka menumpang tempat sejuk.

"Lebih-lebih saya ada empat ekor kucing yang duduk di dalam sangkar. Memang risau, tapi kena beranikan diri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain