suria

Peniaga jagung susu manis hilang tanpa berita, pelanggan setia minta sedekah al-Fatihah... Siap risau tak sempat turunkan resipi

Jualan jagung kukus yang sangat diminati seorang wanita.

SETIAP orang mempunyai makanan kegemaran yang pasti mampu menggembirakan hati.

Sering disebut dalam kalangan generasi baharu sebagai comfort food, ia bermaksud suatu juadah yang dicari secara berkala bagi memuaskan selera.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita berkongsi kekecewaan apabila gerai yang menjual jagung kukus berhampiran tempat kerjanya tutup secara tiba-tiba.

Jagung kukus yang sering bermain di fikiran seorang wanita.

Menurut wanita berkenaan, gerai tersebut menjual jagung kukus yang menepati citarasanya dan sering menjadi kegilaan dia dan rakan sepejabat.

"Sebenarnya gerai jagung kukus ni kawan pejabat saya yang perkenalkan, sedap sangat rasa. Cukup sempurna adunan susu pekat, majerin, garam dan air jagung semua, paling best harga secawan RM4 je.

"Jadi setiap hari saya dengan rakan pejabat akan pergi beli jagung ni, tak pernah terlepas. Pernah cuba jagung kukus di banyak tempat lain, gerai di pejabat saya juga yang win.

ARTIKEL BERKAITAN: Abah ikat aiskrim Malaysia macam pro! Balik surau terus isi air jagung, sirap bandung... Nak tolong anak perempuan cari duit extra

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai ‘0 pelanggan’ selama 2 minggu... peniaga dapat tempahan besar selepas sedekah secawan air jagung - “Dia mungkin rugi RM3...”

"Saya biasa beli dua, satu untuk makan tengah hari dan lagi satu untuk makan petang. Kadang beli sampai tiga sebab nak bagi family rasa sekali.," ujar wanita itu.

Namun, pada suatu hari wanita itu menerima khabar duka apabila gerai jagung kukus tersebut tutup secara mengejut dan peniaganya hilang tanpa jejak.

"Abang yang jual jagung tu dah tak buka gerai, kami ingat dia tutup sehari dua je. Tunggu punya tunggu dah sebulan lebih dia tak berniaga.

Nampak macam tak ada apa-apa kan tapi hanya orang yang ada favourite food je faham perasaan tu.

WARGA MAYA

"Sedih sangat rasa sebab tak sempat ambil apa-apa contact daripada abang tu, tak tahu dia pindah ke mana. Kebetulan pada masa yang sama, ada orang baharu jual jagung dekat kawasan pejabat kami.

"Rakan pejabat saya ada tolong belikan, tapi kecewa sebab rasa dia tak sama dengan abang tu punya. Dan apabila kawan saya cuba tanya peniaga baharu tu, dia cakap rupanya abang tu dah meninggal dunia.

"Saya terkedu yang teramat, rasa sedih sampai nak menangis sebab fikir abang tu tak sempat bagi resepi jagung kukus dekat anak dia," cerita wanita itu.

Menjadi rutin wanita terbabit untuk membeli jagung kukus dari gerai yang sama.

Tambah wanita itu, dia tidak mampu menerima hakikat tentang pemergian peniaga jagung kukus tersebut buat selamanya.

"Saya siap throwback di media sosial pasal jagung tu, saya juga cerita dekat satu pejabat dan keluarga yang abang jual jagung dah tak ada dan minta mereka sedekahkan al-Fatihah.

"Masih terasa lagi dekat lidah ni kesedapan jagung kukus abang tu, betul kempunan dah diri ini," ujar wanita itu.

Walaupun begitu, tanpa diduga timbul satu plot twist yang membuatkan wanita itu melonjak kegirangan.

Perbualan di WhatsApp antara wanita itu dan peniaga jagung kukus.

"Rupa-rupanya kawan pejabat saya tu salah info, abang tu dah lama tak buka gerai sebab motosikal dia rosak, bukannya meninggal dunia. Hidup lagi abang ni!

"Saya pun terus cari balik abang tu, nak lepaskan geram dekat jagung kukus dia. Kali ni saya siap simpan contact dia, apa-apa jadi saya boleh mesej dia.

"Sempat juga saya bergambar dengan abang tu nak tunjuk dekat satu pejabat yang gerai abang ni dah buka," kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata walaupun isu comfort food ini mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu beremosi.

Sebahagian komen warga maya.

"Nampak macam tak ada apa-apa kan tapi hanya orang yang ada favourite food je faham perasaan tu.

"Tak tahu nak sedih ke gelak ni, kesian abang tu kena fitnah meninggal," kata sebahagian warga maya.

Wanita itu turut menyediakan butiran gerai jagung kukus tersebut dan mengajak orang ramai untuk singgah dan merasai kesedapannya sendiri.

"Gerai abang ni dekat depan Cosway dan berhampiran escalator untuk ke Pavilion, Kuala Lumpur. Buka hari minggu dari pukul 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

"Kalau order boleh minta susu lebih, confirm sedap," kata wanita itu memberikan jaminan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain