suria

Siang eksekutif, malam bisnes! Tauke laksa segak berkemeja jadi tumpuan, gigih cari duit ‘dating’ dengan GF di gerai sahaja

Seorang pemuda segak berkemeja ketika menyiapkan pesanan di gerai.

SEGAK berbaju kemeja dan berseluar slack, penampilannya nampak seperti orang yang bekerja di pejabat.

Namun dengan berpenampilan begitu juga seorang pemuda tekun menyiapkan pesanan makanan di sebuah gerai.

Dia sebenarnya adalah seorang pemuda rajin yang melakukan dua kerja sebagaimana perkongsian seorang gadis di laman sosial sehingga tular.

“Apabila teman lelaki bekerja dalam korporat pada waktu siang dan jual laksa dan mi rebus pada sebelah malam,” tulisnya menerusi keterangan video.

Berkongsi cerita, pemuda berkenaan, Amirul Qayyum Merican mengakui dia merupakan eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat di Petaling Jaya, Selangor.

Mesra disapa Qayyum, katanya, tugasnya di pejabat dari Isnin hingga Jumaat bermula seawal pukul 8.30 pagi.

“Pada masa sama, saya dan adik-beradik mengusahakan bisnes laksa dan mi rebus di gerai dekat sebuah restoran di Bukit Jelutong, Shah Alam.

“Jadi selepas waktu kerja di pejabat, kebiasannya saya akan singgah di gerai untuk memantau operasi dan perkembangan jualan,” katanya kepada mStar.

Qayyum menjual laksa dan mi rebus.

Mengulas lanjut, pemuda berusia 26 tahun itu berkata, dia mula mengusahakan bisnes makanan pada awal 2020, termasuk dari rumah ketika pandemik Covid-19.

Bukan sekadar memantau operasi, anak sulung daripada lima beradik itu juga turun padang bagi menyiapkan bahan-bahan masakan dan menghantar pesanan kepada pelanggan.

Saya tak rasa malu. Saya tak mahu pelanggan tertunggu-tunggu.

AMIRUL QAYYUM MERICAN

“Sebab tu saya cuba datang awal ke pejabat dan siapkan kerja untuk balik on time. Saya akan terus ke gerai dahulu untuk sambung operasi di sana.

“Kebetulan rumah dekat dengan gerai, jadi saya boleh balik mandi dan tukar baju kasual untuk kembali berniaga. Tapi kadang-kadang saya terus berbaju formal apabila ada pesanan yang perlu dihantar ke rumah pelanggan,” ujarnya yang dibesarkan di Bukit Jelutong.

Qayyum (kiri) bersama dua adiknya di gerai.

Anak sulung daripada lima beradik itu mengusahakan bisnes makanan bersama tiga adiknya, Siti Aminatul Zahra, 24, Luqman Hakeem Merican, 21, dan Siti Nuradleen Shaheera, 17.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar KPTM pandai buat duit, jual baju boleh dapat RM100,000! Tak sia-sia pemuda ini ikut nasihat mak ayah suruh cari ilmu

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar raih RM19,000 buat bisnes 5 hari di asrama, berbaloi tebal muka ketuk bilik kawan - “Ramai-ramai gelak, nombor kena block”

Menurut Qayyum, dia tidak kisah sekiranya berpenampilan seorangeksekutif ketika melayani pelanggan yang memesan makanan di gerainya.

Bisnes Qayyum mendapat sokongan bapanya (kiri).

“Saya tak rasa malu, asalkan baju saya tak kotor dan saya akan pastikan berhati-hati ketika menyiapkan makanan. Ada pelanggan yang terkejut apabila saya hantar pesanan ke meja apabila melihat saya berpakaian formal.

“Berpakaian seperti di pejabat, saya pernah ulang alik tiga kali hantar ke meja yang terdiri pelanggan 10 sekeluarga. Adik-adik tengah siapkan hidangan, jadi saya yang hantar.

“Saya tak mahu pelanggan tertunggu-tunggu. Kalau lambat, pelanggan bagi review rendah sedangkan saya mahu mereka puas hati dengan servis kami dan datang lagi,” katanya yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam.

Menjadikan ahli perniagaan tersohor, Datuk Mohamed Faroz Mohamed sebagai idolanya, Qayyum mengimpikan bisnes kecilnya berkembang ke tahap francais dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.

Qayyum (kiri) dan adik lelaki (kanan) bersama guru mempromosikan produknya.

Dalam pada itu, Qayyum terharu dengan perkongsian video oleh teman wanitanya, Alissa Emalyn, 26, yang berperwatakan manja dan lemah-lembut serta bijak menguruskan masa.

“Saya dan girlfriend kenal sejak dari zaman sekolah, ketika belajar di tingkatan dua. Hampir empat tahun hubungan kami. Dia dah macam PA (pembantu peribadi) sebab banyak membantu dari pengurusan masa saya.

“Syukur dia sangat memahami kerjaya dan perniagaan saya. Sejujurnya, kami lebih banyak dating di gerai, dating di luar tu yang kadang-kadang,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain