suria

Pemuda saran sekat TikTok! Penjual online jual harga terlajak murah demi untung ‘ciput’, ramai peniaga premis ‘bungkus’

Harga barang murah di TikTok dikatakan menjejaskan peniaga premis, seterusnya memberi kesan kepada ekonomi negara.

KEWUJUDAN aplikasi TikTok membuatkan kebanyakan masyarakat dunia beralih kepada platform media sosial itu sama ada sebagai hiburan mahupun 'lubuk' pendapatan.

Mana tidaknya, hanya dengan sedikit kreativiti dan kandungan menarik, sesiapa sahaja boleh berniaga dan berpeluang memiliki jumlah pengikut yang ramai.

Bagi golongan peniaga, ia dilihat menjadi platform terbaik untuk mengembangkan perniagaan sekali gus mendapat ramai pelanggan.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak melihat platform baharu itu sebagai ancaman kepada peniaga kecil-kecilan, juga peniaga di premis kerana harga yang ditawarkan penjual menerusi TikTok disifatkan tidak masuk akal dan jauh lebih murah.

Sebahagian hantaran asal yang dibuat oleh pelayar Facebook ini.

Sebahagian hantaran asal yang dibuat oleh pelayar Facebook ini.

"TikTok mengubah 360 darjah industri fesyen dan tekstil negara. Harga yang mereka jual semua tak masuk akal.

"Aku tak faham macam mana ada yang dapat jual lagi murah daripada harga borong... contohnya batik doby, harga borong Indonesia pun RM90 sepasang tapi dijual RM75," demikian luahan yang dibuat seorang pengguna menerusi hantaran di Facebook.

Malah dia tidak menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kebanyakan peniaga TikTok hanya mengambil untung sekitar RM1 hingga RM5 sahaja bagi sehelai pakaian.

Bukan itu sahaja, pemuda itu turut menyatakan kebanyakan peniaga yang terlibat hanya mendapat 'penat' berbanding keuntungan apabila melakukan langkah 'jual murah' seperti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena tinggal, duda anak 1 jumpa pengganti di Korea Selatan! 4 bulan kenal terus nikah, kini ‘masyuk’ jual cadar

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah tak sedap hati! Peniaga ditipu cara mudah, pelanggan order 720 set lunch, makan malam tapi tak datang ambil

Baginya, peniaga sepatutnya mengambil kira kos tenaga, masa, utiliti, pekerja dan pelbagai lagi sebelum meletakkan tawaran harga kepada pelanggan.

"Nak berniaga kena ada etika supaya hampa (kamu) tak letak harga sampai memberi kesan atau membunuh pesaing yang lain terutamanya kedai.

"Mereka bayar sewa kedai, gaji pekerja dan utiliti... kos mereka lebih besar. Orang berniaga, hampa sibuk nak berniaga tapi tak reti kira profit margin.

"Akhirnya pesaing gulung tikar, hampa semua untung tak seberapa," luahnya lagi.

Kalau pelanggan fikir kesian pada peniaga gulung tikar, siapa nak sara hidup mereka?

WARGA MAYA

Dia turut berpendapat TikTok hanya memberi manfaat kepada pengguna akhir semata-mata.

Mengulas lanjut, dia turut berpandangan bahawa aplikasi berkenaan tidak membantu meningkatkan ekonomi negara kerana semua rantaian perniagaan telah 'dihapuskan'.

"Dia skip semua middlemen along the business chain. So, in a way, it doesn't really boost the country economics.

"Selain faktor sekuriti, kemungkinan ini antara sebab kenapa Amerika Syarikat telah menyekat TikTok. TikTok hanya mengkayakan China.

Kebanyakan peniaga gulung tikar disebabkan penjual atas talian. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong

Ramai peniaga premis dikatakan gulung tikar disebabkan kehadiran penjual online. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong

"Kalau Malaysia nak rancakkan balik ekonomi dan selamatkan peniaga-peniaga kecil, silalah haramkan TikTok," tambahnya.

Masih berkongsi buah fkirannya, dia turut menyarankan orang ramai yang ingin berniaga supaya lebih kepada menjual perkhidmatan berbanding barangan.

Baginya, hanya bisnes perkhidmatan yang tidak terkesan dengan teknik jualan murah yang dilakukan peniaga dalam talian pada masa ini.

"Kalau tak selari, kita akan ketinggalan. Berniaga di TikTok naik mencanak selari dengan keruntuhan moral Melayu menerusi video tidak ada maruah," katanya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsiannya itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Malah hantaran yang dibuatnya dikongsikan lebih 4,500 pelayar Facebook selain turut tular di beberapa platform media sosial yang lain.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang menganggap dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi terkini sehingga menyalahkan platform baharu itu.

"Sebenarnya you stuck dengan cara lama, apabila tak boleh adaptasi salahkan TikTok. Kalau nak tahan berniaga perlu kreatif.

"Zaman sekarang semua harga naik, orang memilih barang murah berkualiti dan tak perlu keluar rumah. Kalau pelanggan fikir kesian pada peniaga gulung tikar, siapa nak sara hidup mereka?

"Zaman sekarang banyak kena berjimat jadi memang pilih beli dalam talian lebih murah daripada kedai," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain