suria

“Baliklah pukul berapa pun, saya tak marah” - Geng ibu gembira para suami lepak bawa anak, patut dijadikan kebiasaan

Rakaman golongan lelaki sedang melepak sambil membawa anak tular di media sosial.

LELAKI dan 'melepak' memang tidak dapat dipisahkan!

Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai anak, golongan Adam ini pasti akan mencari waktu untuk keluar bersembang bersama kawan-kawan, biasanya di kedai mamak.

Bahkan ada yang menjadikan waktu pulang kerja sebagai tempoh terbaik untuk menghabiskan masa sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa di rumah.

Tangkap layar menunjukkan para suami sedang leka berborak sambil memegang anak masing-masing.

Tangkap layar menunjukkan para suami sedang leka berborak sambil memegang anak masing-masing.

Bagi golongan lelaki bujang, ia mungkin tidak memberi masalah kepada sesiapa.

Namun jika membabitkan mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil pasti akan ada isteri yang tidak senang duduk.

Mana tidaknya, tempoh yang diluangkan di kedai mamak itu bukanlah sekejap, kadang kala sehingga berjam-jam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah tegur, kunci pintu rumah!” - Nah... Idea ‘kasar’ buat isteri yang tawar hati, buntu suami asyik lepak sampai pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘acah’ bujang! Melenting anak seorang pun isteri tak boleh ‘handle’, lepak dengan kawan asyik call suruh balik

Jadi tidak hairanlah video kaum lelaki melepak sambil membawa anak kecil mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular di media sosial.

Rakaman dari negara seberang, Indonesia itu ternyata turut mencuit hati para netizen Malaysia kerana keadaan tersebut disifatkan jarang berlaku.

"Bapak-bapak (ayah) muda lagi berkumpul bawa anak masing-masing," tulisnya di ruangan kapsyen.

Kalau macam ni, tak kisah balik pukul berapa pun... saya tak marah.

WARGA MAYA

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, kelihatan lima lelaki sedang bersembang dengan tiga daripadanya memangku anak masing-masing.

Salah seorang lelaki yang sedang berbual di telefon pula dikatakan sedang dihubungi oleh isterinya mungkin kerana sudah lama keluar.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya dari Indonesia mahupun Malaysia meninggalkan reaksi mencuit hati dan positif.

Ruangan komen dipenuhi oleh para wanita yang gembira melihat situasi tersebut.

Ruangan komen dipenuhi oleh para wanita yang gembira melihat situasi tersebut.

Malah ada yang menyatakan kemungkinan terdapat kedai alat solek berhampiran lokasi tersebut dan kesemua lelaki sedang menantikan isteri masing-masing yang leka membeli-belah.

"Mesti ada kedai shopping berdekatan.

"Anak-anak baik sahaja dengan ayahnya, tapi kalau dengan emak pasti buat perangai di mana-mana sahaja.

"Kalau macam ni, tak kisah balik pukul berapa pun... saya tak marah.

"Jiwa muda masih nak lepak berborak... tapi ada tanggungjawab sebagai bapa," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang berharap senario seumpama itu dinormalisasikan sekali gus mengurangkan beban para isteri.

"Harus dirnomalisasikan biar para ibu ada 'me time'.

"Mungkin isteri mereka sedang 'me time' lagi," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain