suria

Suami ‘acah’ bujang! Melenting anak seorang pun isteri tak boleh ‘handle’, lepak dengan kawan asyik call suruh balik

Lelaki berkenaan rimas kerana mendakwa isterinya sering 'mengacau' ketika bersama rakan-rakan. Gambar hiasan

SEBAIK sahaja mendirikan rumah tangga dan bertukar status, sudah semestinya tanggungjawab yang tergalas di bahu bukanlah calang-calang, lebih-lebih lagi bagi kaum Adam.

Pendek kata, kehidupan selepas berkahwin berubah sepenuhnya berbanding kehidupan ketika masih berstatus bujang.

Jika sewaktu bujang boleh dikatakan kebanyakan masa lapang diisi dengan aktiviti bersama rakan, namun selepas bergelar suami, amalan tersebut perlu dikurangkan sejajar dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Bagaimanapun, ada juga segelintir kaum Adam yang masih tidak boleh mengubah tabiat lama seperti ketika mereka masih bujang, meskipun sudah bergelar suami dan bapa, sebagaimana lelaki ini.

Menerusi status yang dimuat naik di WhatsApp, lelaki tersebut merungut kerana mendakwa sering 'diganggu' isterinya ketika sedang melepak bersama rakan-rakan.

isteri 1

Lelaki berkenaan rimas kerana kerap diganggu isterinya di rumah ketika sedang melepak dengan rakan-rakan.

"Aku tak fahamlah bini aku ni. Susah sangat ke nak jaga anak seorang?

"Sampai aku nak lepak dengan kawan-kawan pun susah.

"Memanglah anak sama-sama tapi memang tak susah kan? Aku lelaki kot? Kerja siang malam cari duit untuk keluarga. Beras aku beli kot?" rungutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lagak bujang balik raya sendirian, tahu-tahu dah sampai kampung! Isteri, anak dibiar lapar sambut Aidiladha

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing... semua kena buat sendiri - “Dah gila tak boleh stop”

Tambah lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu, dia berasa malu kerana kerap kali 'diganggu' isteri ketika sedang menghabiskan masa dengan rakan-rakan.

"Aku pun nak masa untuk chill dengan kawan-kawan. Tak sampai 30 minit keluar asyik call saja, tanya bila nak balik.

"Malu weh kena bahan dengan kawan-kawan. Tak ada hati perut punya bini!" tulisnya.

Orang kahwin, dia pun nak kahwin. Lepas tu tak puas life bujang, ilmu rumahtangga dan tanggunggjawab tak mahu belajar.

NETIZEN

Tangkap layar (screenshot) status WhatsApp lelaki berkenaan dikongsikan di laman Twitter @abudialsagoff dan sehingga kini meraih lebih 590 ulang kicau.

Sementara itu di laman komen, rata-rata netizen mengecam lelaki berkenaan kerana dianggap tidak memahami tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

Malah, ada juga yang berkongsi kisah rakan sendiri yang mempunyai sikap seperti lelaki berkenaan.

"Tak payah kahwin buat anaklah kalau macam tu. Ada pula time kau nak buat status, malaslah aku orang benak macam ni.

"Orang kahwin, dia pun nak kahwin. Lepas tu tak puas life bujang, ilmu rumahtangga dan tanggunggjawab tak mahu belajar. Dasar siamang hutan!!" demikian pandangan netizen.

komen 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian tersebut.

Namun dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa dalam situasi ini, kedua-dua pihak perlu bertolak ansur.

"Dua-dua kenalah ada give and take sikit, yang perempuan kena faham kerja stres. Tapi yang lelaki lemaklah hari-hari nak keluar.

"Suami aku hari-hari lepak weh. Tapi janji hal di rumah selesai. Tak kalut pun dia nak up status bagai. Cukup time hal rumahtangga, cukup time kerja, cukup time lepak," tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain