suria

Bukan sebab merkuri! Gadis berparut lekuk perit diejek di sekolah... Tapi tak sangka ‘vibes' TikTok lebih mulia, ramai puji cantik

Alis menerima pujian apabila dia berkongsi keadaan wajahnya di media sosial.

BERDEPAN masalah kulit wajah sejak berusia 10 tahun, gadis ini berkata dia melalui zaman kanak-kanak yang cukup memeritkan.

Menurut Alis Amalin, 19, dia takut untuk berdepan dengan orang ramai, malah keadaan kulitnya juga sering menjadi usikan rakan-rakan di sekolah.

"Saya ada masalah kulit muka sejak darjah lima. Kulit saya macam ni bukan sebab produk mercury. Ia berlaku tiba-tiba, mungkin sebab hormon. Tipu la kalau tak pernah putus asa.

alis2

Masalah muka Alis bermula sejak sekolah rendah.

"Saya selalu kena judge, kena hina masa zaman sekolah sebab muka macam ni. Sekarang Alhamdulillah dah tiada masalah ini, mungkin semua orang dah besar dan matang.

"Dulu kalau berjalan dekat orang ramai, saya tak yakin nak pandang orang. Saya akan tunduk bawah je. Sebelum ini saya juga takut nak mekap sebab rasa masih teruk dan nampak parut lekuk dekat muka," ujarnya.

Meskipun masalah kulit wajahnya belum sembuh secara total, Alis berkata dia kini berasa lebih yakin untuk menonjolkan diri, termasuklah menerusi media sosial.

Saya ada baca beberapa komen, mereka kata walaupun kulit teruk, mereka rasa lebih yakin selepas tonton video saya.

ALIS AMALIN

Malah katanya, sokongan positif netizen di aplikasi TikTok membuatkan dia terus bersemangat untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu berselindung lagi.

"Saya tak pernah buat rawatan. Saya hanya guna beberapa produk. Sekarang dah makin baik. Lama-lama saya juga biasakan diri dengan mekap. Ia tambah keyakinan apabila saya jumpa orang.

"Apabila kongsi video, ramai yang cakap saya cantik walaupun macam ni. Sudah tentu saya rasa gembira. Kalau sedih, saya tengok balik semua komen. Ia dapat meniup semangat saya semula," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bertahun usaha nak hilangkan masalah jerawat teruk, pemuda tak sangka penyelesaiannya ada pada produk free gift - “Selalu ponteng sampai dapat surat amaran”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah penuh jerawat batu, MUA sampai malu nak mekap pelanggan! Terpedaya dengan produk merkuri, kulit cantik cuma sementara

Pada masa sama, Alis berkata dia juga mahu menyebarkan aura positif menerusi video di TikTok dan berharap dirinya dapat memberi keyakinan buat mereka yang berdepan masalah serupa.

"Kadang-kadang saya rasa insecure. Kulit saya teruk, walaupun dah mekap saya masih rasa buruk. Saya kongsi video supaya boleh tunjuk dekat orang yang ada masalah sama agar tahu bukan dia saja ada masalah itu.

"Saya boleh bagi semangat kepada mereka yang ada masalah muka macam saya. Saya ada baca beberapa komen, mereka kata walaupun kulit teruk, mereka rasa lebih yakin selepas tonton video saya.

"Jadi saya rasa semua orang kena ada keyakinan kerana keyakinan itu sendiri yang buat kita makin nampak cantik," ujar pelajar yang menetap di Selangor itu.

gadis1

Alis menerima sokongan positif di aplikasi TikTok.

Video Alis yang berkongsi tentang masalah wajahnya turut meraih lebih 300,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut memuji keyakinan serta kecantikan wajah Alis yang dipamerkan menerusi video tular itu.

"Saya wakil lelaki dari benua Asia nak cakap awak dah cantik. Be confident!

"Tak apa awak. Semua orang ada masalah tekstur kulit, awak dah cukup cantik.

"Awak cantik dik, setiap manusia ada kecantikan sendiri," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain