suria

Sanggup bawa anak tidur di kaki lima, sekeluarga tunjuk semangat patriotik... Tapi ada netizen tak senang hati, siap tanya solat di mana

Orang ramai mula membanjiri Dataran Putrajaya sejak 12 tengah malam, Rabu.

PERARAKAN sempena Hari Kebangsaan yang disambut setahun sekali membuatkan rakyat Malaysia teruja untuk meraikannya.

Maka tidak hairanlah apabila ada yang sanggup 'berkampung' seawal pukul 12 tengah malam Rabu di Dataran Putrajaya bagi mendapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan perarakan pada hari istimewa itu.

Seperti video tular ini, kelihatan orang ramai mula memenuhi ruang kosong dan kaki lima di sepanjang Dataran Putrajaya.

Ada yang membawa tikar, khemah bersama makanan seolah-olah sedang berkelah di situ sementara menantikan sambutan gilang gemilang pada keesokan harinya.

Suasana ambang kemerdekaan di Dataran Putrajaya.

Suasana ambang kemerdekaan di Dataran Putrajaya.

Tidak ketinggalan kanak-kanak turut dibawa bersama bagi menerapkan semangat patriotik sejak dari kecil.

Menerusi video yang dikongsikan Mrs Nadhia, dia turut menyatakan kawasan sekitar Dataran Putrajaya sudah dipenuhi orang ramai sejak pukul 12 tengah malam.

"Pukul 12 (tengah malam) dah penuh. Jenuh nak tunggu pukul 7 pagi... barai setahun sekali," luahnya.

Pun begitu, dia kelihatan gembira bersama anak-anak dan seluruh isi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu pencen tolak tawaran RM5,000 jual surat khabar Malaya Merdeka cetakan 31 Ogos 1957... Salinan dokumen kemerdekaan pun ada!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak cantik pakai tradisional ala Tokti kalah kepada dress kepuk-kepuk, bapa pertikai ‘ilmu’ juri – “Kita dah merdeka, minda masih dijajah”

Malah anak-anaknya kelihatan sudah tertidur di lokasi yang 'ditempahnya' itu.

Perkongsian yang tular itu membuatkan orang ramai mula menzahirkan pandangan masing-masing.

"Nak dapat kemerdekaan ini dulu bermandi darah dan air mata. Salute siapa yang sanggup buat macam ni.

"Penonton yang datang awal ni juga antara yang buatkan sambutan Hari Merdeka meriah... tanpa mereka yang semangat ni tak meriahlah nanti.

Yang ada anak kecil tu kesian kat budak-budak... kemudian kau orang nak kencing dan berak tu macam mana?

WARGA MAYA

"Aku respect dengan mereka ni, setahun sekali kira raikan. Hebatnya kau orang, semangat sampai ke sini... teringin nak join.

"Kerja gila, tahniah atas kerja setahun sekali rakyat demi Malaysia tercinta... terbaik," luah beberapa warga maya.

Pun begitu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen negatif dan mempertikaikan tindakan mereka kerana membanjiri kawasan perarakan itu seawal waktu selain mengaitkan isu solat bagi yang beragama Islam.

"Lagi bagus kalau keluarkan rakaman solat Subuh ramai-ramai... baru betul Merdeka.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Andai kata Malaysia berperang, harap semangat ni masih ada.

"Yang ada anak kecil tu kesian kat budak-budak. Kemudian kau orang nak kencing dan berak tu macam mana," ujar beberapa warga maya lagi.

Mengetahui video yang dikongsikan mendapatkan kecaman daripada warga, Mrs Nadhia tampil dengan satu lagi video pada hari perarakan dengan menyatakan dia dan anak-anak sangat gembira berada di Dataran Putrajaya.

Malah mengakui mereka menunaikan solat di Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain