suria

Dah bertahun usaha nak hilangkan masalah jerawat teruk, pemuda tak sangka penyelesaiannya ada pada produk free gift - “Selalu ponteng sampai dapat surat amaran”

Perubahan kulit wajah Kholif mengundang perhatian netizen selepas dimuat naik di Twitter.

KULIT muka licin bak telur dikupas!

Namun siapa sangka, pemuda berusia 21 tahun ini pernah melalui episod duka selama lebih dua tahun gara-gara menjadi mangsa 'face shaming' apabila kulit mukanya dijadikan bahan jenaka kerana berjerawat.

Dalam tempoh itu, dia mengakui mempunyai masalah untuk berdepan dengan khalayak kerana kurang keyakinan dalam diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Terasa hati kata-kata guru, pelajar hilang fokus ketika jawab kertas Matematik SPM... Apa yang berlaku sebenarnya? - “Ibu ayah minta saya reda dan maafkan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok testimoni pengguna lain, kulit mereka jadi cantik” - Gadis selamba kongsi foto muka penuh jerawat selepas guna produk dicadangkan makcik

Menerusi satu perkongsian di Twitter, pemuda ini turut memuat naik gambar perbezaan kulit wajahnya sehingga mengundang perhatian netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Kholif Ismail berkata, kulit mukanya mula bermasalah teruk apabila berada di tingkatan empat.

"Masa tu stres memang tak payah cakaplah. Saya rasa malu sangat nak berdepan dengan orang sehinggakan pernah sengaja tak datang sekolah banyak hari. Kawan-kawan selalu juga cakap pasal muka... tapi mungkin mereka bergurau. Saya tak ada kawan yang rapat masa sekolah.



Posting Kholif di Twitter mengenai perubahan kulit wajahnya menjadi tular.

"Saya juga masih ingat sampai sekarang apabila seorang guru turut jadikan kulit wajah saya sebagai jenaka. Masa tu pula depan kawan-kawan sekelas. Saya hanya mampu senyum tapi Tuhan je tahu perasaan masa tu.

"Disebabkan kerap tak datang sekolah, saya dapat surat amaran. Masa tingkatan lima pun sama, dapat juga surat amaran. Mak ayah hanya mampu nasihatkan saja tapi itulah... kadang rasa down juga," katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Menurut pemuda yang senang disapa sebagai Kholif ini, selepas tamat persekolahan, dia bekerja sementara menunggu panggilan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.



Dua tahun berdepan masalah, kini kulit wajah Kholif menunjukkan perubahan yang menakjubkan.

Hasil pendapatan yang diperoleh, ia digunakan untuk membeli barangan penjagaan wajah bagi mengatasi masalah jerawat yang dihadapinya.

"Masa kerja tu pun saya segan berdepan dengan orang. Tapi nak buat macam mana. Dengan gaji yang saya peroleh, saya cuba beli satu produk tempatan. Siap beli untuk tiga bulan.

"Tapi sedih sebab tak ada perubahan pun malah kulit wajah semakin teruk," cerita Kholid mengimbas kembali pengalaman pahit yang dilaluinya.

Sehinggalah pada suatu hari, dia mendapat 'free gift' satu produk penjagaan wajah baharu lantas tergerak hati untuk mencubanya.

Pernah juga terlanggar pantang lagi-lagi kalau balik kampung. Memang naik juga jerawat. Selepas itu saya memang hati-hati.

MUHAMMAD KHOLIF ISMAIL

PENUNTUT IPTA

"Masa tu penghujung 2018... saya dapat free gift toner. Saya pun cuba. Tak sangka, bila pakai, jerawat makin kecut. Saya rasa mungkin produk tu sesuai dengan kulit wajah saya.

"Saya pun membeli beberapa lagi barang lain daripada produk yang sama. Alhamdulillah, produk tu serasi. Dan hingga kini saya konsisten guna produk tersebut," katanya yang kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam jurusan insurans perniagaan.

Di samping penggunaan produk, Kholif berkata dia turut 'berpantang' dalam pemakanan dan mengamalkan pengambilan air putih dalam kuantiti yang mencukupi.



Selain konsisten menggunakan produk, Kholif turut berpantang dalam pengambilan makanan tertentu.

"Sebelum ini saya memang jenis tak memilih makanan, tambahan pula dibesarkan dalam keluarga yang makan budu, ikan pekasam, belacan. Tapi saya mula berpantang beransur-ansur, elakkan makan manis serta kopi.

"Pernah juga terlanggar pantang lagi-lagi kalau balik kampung. Memang naik juga jerawat. Selepas itu saya memang hati-hati dan makan bukan dalam kuantiti yang banyak.

"Memang ramai yang terkejut dengan perubahan wajah saya sekarang. Salah seorangnya jiran saya. Dia pernah tengok wajah saya dulu. Lama juga kami tak jumpa sebab dia sibuk berniaga, saya pun sambung belajar.

"Bila nampak saya, dari jauh jerit nama saya. Esoknya dia datang rumah. Siap tanya lagi tip untuk dikongsi dengan anak perempuannya," ceritanya sambil ketawa kecil.



Kholif (baju hitam) bersama keluarga ketika majlis perkahwinan anak saudaranya.

Tidak menyangka ciapannya menjadi tular, Kholif berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman yang dilaluinya untuk dijadikan motivasi bersama terutama mereka yang turut menghadapi masalah yang sama.

"Tapi ada juga yang kecam lepas saya tweet tu, bagi gelaran tertentu. Tapi saya tak ambil hati sedikit pun, cuma tolong jangan merendah-rendahkan fizikal orang lain, kerana kita tak tahu apa yang dia alami. Mari support each other.

"Dalam masa yang sama saya nak tekankan toxic masculinity ada dalam masyarakat kita. Ada yang berpandangan, lelaki tak perlu nak beriya jaga wajah. Sebenarnya penjagaan tubuh badan termasuk wajah ni penting, tak kira lelaki atau perempuan," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain