suria

Cerita ustaz masuk gym buat kaum isteri bimbang, kaitkan naluri songsang... Ramai tak setuju ‘pukul rata’ lelaki jaga badan adalah gay!

Seorang penceramah berkongsi pengalamannya di gim.

RAMAI lelaki melakukan aktiviti kecergasan seperti senaman di gim sebagai salah satu langkah penjagaan kesihatan.

Daripada golongan bujang hingga mereka bergelar suami membiasakan diri mengangkat berat seperti dumbell dan barbell.

Begitu juga dengan seorang penceramah bergelar ustaz yang berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki ke gim.

Ramai lelaki menjaga kesihatan dan penampilan dengan bersenam di gim. -Gambar hiasan / Freepik

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, ustaz berkenaan mendakwa golongan gay mempunyai kecenderungan dan minat untuk melakukan aktiviti di gim.

“Orang gay ni dia minat sukan, dia minat gim, dia minat kepada perkara-perkara yang kesihatan, kecantikan badan sado-sado... main besi kan.

“Ni pengalaman saya kalau pergi ke gim tu. Dia tak boleh 'main' seorang. Dia kena ada orang bantu.

“Kalau nak angkat (pemberat) tu, akan ada seorang yang tolong pegang (pemberat).” katanya.

Rakaman berdurasi 55 saat itu dengan kapsyen ‘Pengalaman saya di gim’ dipercayai ketika ustaz tersebut memberi satu ceramah di dewan di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Ustaz berkenaan menyentuh tentang golongan suami berkunjung ke gim.

Menurut ustaz berkenaan, segelintir suami yang pergi ke gim kemungkinan akan ditemani rakan-rakan yang membantu ketika sesi mengangkat berat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tenung punggung, kemudian tunjuk seluar dalam depan tandas... Pemuda kaki gim menggigil diganggu lelaki gila seks

ARTIKEL BERKAITAN: Label ahli bina badan gay, Mr Malaysia 2019 ‘sekolahkan’ YouTuber... minta ‘pakai otak’ sebelum cakap

“Kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa? Kadang-kadang kat sana, dia mesti ada seorang yang tolong pegang, tolong bantu, tolong bawa.

“Kalau dia tolak (pemberat) ke atas tu, akan ada seorang pegang. Bayangkan suami kita baring, dia tengah tolak naik ke atas, ada lelaki kat atas tolong pegang macam ni.

“Apa yang dia tengok? Tengok kat situ lah. Jadi itu normal bagi kawan-kawan di gim,” jelasnya lagi.

Apa pemikiran macam ni? Tak semestinya yang selalu pergi ke gim tu gay.

NETIZEN

Dalam video tersebut, ustaz itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci sama ada pengalaman sendiri itu berdasarkan pertemuannya dengan lelaki gay di gim atau sekadar pemerhatiannya terhadap golongan tersebut di pusat kecergasan.

Pengalamannya itu dipercayai bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak terjebak dengan gejala negatif lesbian, gay dan transgender (LGBT), namun sebahagian rakaman yang dimuat naiknya itu mengundang persepsi buruk mengenai aktiviti di gim.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, netizen menyifatkan ia bukan sahaja membuatkan kaum isteri gerun lebih-lebih lagi mempunyai suami yang sering bersenam dengan melakukan aktiviti angkat berat, malah memberikan persepsi secara pukul rata terhadap lelaki yang berkunjung ke gim.

“Gemuk salah, pergi gim salah. Aku pergi gim bertahun tak ada orang support pun, buat sendiri. Jangan mudah sum up semuanya tuan. Ye memang ada kes, tempat lain pun ada.

“Apa pemikiran macam ni? Tak semestinya yang selalu pergi ke gim tu gay saja.

“Tak baik la cakap macam tu. Itu atas minat masing-masing. Takkan la semua yang individu sukan dan kesihatan tu gay. Dia hanya jaga penampilan dia.

“Habis la bini tak bagi suami pergi gim. Jomlah menggemukkan badan wahai lelaki.

“Lepas ni kaum lelaki duduk rumah pegang periuk je,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain