suria

Label ahli bina badan gay, Mr Malaysia 2019 ‘sekolahkan’ YouTuber... minta ‘pakai otak’ sebelum cakap

Luqman (kiri) menegur kenyataan yang dikeluarkan oleh Yousaf.

KECOH di media sosial mengenai seorang 'influencer kecergasan' yang melabelkan ahli bina badan sebagai gay.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh YouTuber, Yousaf Iqbal ketika ditemubual oleh sebuah akaun TikTok berkaitan kecergasan mengenai penglibatannya menghasilkan konten di media sosial.

Pandangan peribadi Yousaf yang kini tular itu dilontarkan ketika ditanya mengenai rancangan jangka panjangnya seperti menyertai pertandingan bina badan (men physique) atau angkat berat (powerlifting).

youtuber bina badan gay 3

Tangkap layar video Yousaf dalam satu temubual.

"Aku memang rasa sampai bila-bila aku tak akan masuk men physique... tak kisahlah classic physique ke, dia lebih kurang sama macam pertandingan untuk bina badan.

"Sebab bagi aku macam bina badan punya pertandingan macam agak gay sikit. Macam kau bina badan untuk lelaki lain yang tengok badan kau, lepas tu dia cakap 'Aku suka badan kau. Badan kau, aku tak suka sangat''. Jadi, aku macam tak boleh.

"Kita tahu benda tu subjektif. Walaupun badan kau roket macam mana pun tapi kalau juri tak suka kau, tak boleh nak tolonglah," katanya yang mempunyai lebih 83,000 subcribers di YouTube.

youtuber bina badan gay 4

Tangkap layar video Luqman memberi teguran.

Menurut Yousaf, pertandingan angkat berat jauh lebih bagus daripada bina badan kerana tiada juri yang boleh mempertikaikan keupayaan peserta.

"Sebab kalau kau menang lebih 1 kilogram jumlah berat yang kau angkat, tak ada siapa yang boleh bantah. Kau memang kuat daripada dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Dah cecah 60 tahun, badan tetap sado berketul-ketul... anytime boleh masuk bertanding, tapi siapa sebenarnya atuk 6 cucu ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju, seluar sendat ke majlis kahwin... bapa sado tak faham apa kaitan kurta ketat dipakainya dengan kesan putus cinta

"Kalau aku compete selepas ni pun, powerlifting lah... tapi aku akan masuk setahun sekali atau dua tahun sekali akan letak satu gol masuk pertandingan powerlifting.

"Itu pun sebab aku nak buat dokumentari kat YouTube. Sebab bila kita buat macam tu, banyak benda kita boleh ajar orang dari segi diet, cara untuk kuat," ujarnya lagi.

luqman bina badan 1

Luqman merangkul gelaran naib juara Mr Malaysia 2022 dan juara Mr Malaysia 2019.

Tindakannya itu membangkitan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli bina badan di negara ini, termasuk atlet bina badan yang merangkul gelaran juara Mr Malaysia 2019, Luqman Zaheruddin, yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Walaupun itu pandangan peribadi dia, tapi kita cakap pasal adab. Contoh kita bagi pendapat tentang seseorang, bunyinya tak cantik dan tak elok. Kalau kena kat kita sendiri pun kita akan marah.

Sebelum buat apa-apa kenyataan atau pendapat, kena berfikir dulu. Tak semua benda kita boleh bercakap ikut apa yang kita nak cakap.

LUQMAN ZAHERUDDIN

"Sebelum bercakap tu kena berfikir dulu, kena pakai otak. Mungkin dia cakap macam tu sebab dia pun tak duduk dalam sukan bina badan, mungkin dia hanya main gim saja.

"Sebelum buat apa-apa kenyataan atau pendapat, kena berfikir dulu. Tak semua benda kita boleh bercakap ikut apa yang kita nak cakap.

:"Sebab dia sendiri pun berada dalam komuniti kecergasan, dia pun bergaul dengan geng bina badan. Jadi bila dia cakap macam tu, orang akan terasa," katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Luqmanzaheruddin.

youtuber bina badan gay 7

Yousaf aktif membuat 'content' berkaitan kecergasan.

Luqman yang juga memegang gelaran naib johan Mr Malaysia 2022 berkata, pandangan Yousaf yang juga terlibat dalam bidang kecergasan hanya akan memburukkan imej sukan bina badan.

"Lebih-lebih lagi dari dulu sampai sekarang orang kecam ahli bina badan ni sebagai gay. Dia pula dalam industri sukan kecergasan, dia pun cakap macam tu.

"Maka haters-haters akan cakap 'kau tengok dia sendiri pun duduk dalam sukan ni pun cakap ahli bina badan ni macam gay'. Jadi macam mana orang nak pandang elok kat sukan ni dan ahli bina badan kalau ada juga dalam kalangan sukan ni bercakap macam tu," katanya.

youtuber bina badan gay 2

Tangkap layar video Yousaf membuat permohonan maaf.

Susulan kekecohan yang berlaku, Yousaf tampil membuat permohonan maaf di atas kenyataannya yang melabelkan bina badan seperti gay.

"Aku sedar kesilapan aku kerana kurang pengalaman aku sendiri dan membuatkan ramai orang terasa dengan aku.

"Aku nak minta maaf sangat terutama ahli-ahli bina badan dan gim-gim Malaysia sebab tak beradab sangat. Terima kasih sebab sokong dan sokong lagi," katanya menerusi video di akaun TikToknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain