suria

Jijik! TikToker sanggup cuci muka guna air jamban demi ‘gift’ - “Jatuh maruah seorang manusia”

TikToker ini sanggup menyapu wajah dengan air jamban setelah kalah pertaruhan.

VIDEO rakaman semula skrin siaran langsung (live) di aplikasi TikTok mengundang kecaman di media sosial.

Semuanya gara-gara dua video memaparkan TikToker melakukan ‘kerja jijik dan gila’ bagi menarik minat penonton demi mengemis hadiah (gift) yang kemudiannya boleh ditukar dengan wang.

Dikongsikan di Facebook oleh Komandan Marco, rakaman ini melibatkan beberapa TikToker yang sanggup membuat cabaran (challenge) dab siapa yang kalah perlu menyapu wajah mereka dengan air dari dalam lubang tandas.

Pengguna Facebook itu berkata dia tidak menyangka ada individu yang sanggup berkelakuan di luar jangkaan sehingga mengaibkan diri sendiri seolah-olah hilang moral demi meraih pendapatan.

Tangkap layar rakaman video dikongsikan di Facebook.

“Ingatkan aku saja yang payah cari duit, rupanya ada yang lagi susah. Jatuh maruah seorang manusia apabila diperlakukan oleh orang lain dengan sebegini rupa. Ini semua demi gift.

“Air Jamban tu bukan sahaja kotor malahan ‘tempat tinggal’ syaitan. Itu baru berdepan manusia dah macam-macam yang sanggup dilakukan demi dapatkan wang, belum lagi berdepan dengan Dajjal,” tulisnya di Facebook.

Ujarnya lagi dia begitu kecewa dengan sikap tidak bermoral individu-individu tersebut dan menyifatkan tindakan mereka ini begitu melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengemis ‘gifts’ di TikTok, lelaki ini tergamak rendam ibu bapa sendiri dalam air kolah! Suruh kerja tak mahu, tapi minta duit

ARTIKEL BERKAITAN: Miskin tapi anak ramai atas alasan ‘rezeki’, akhirnya rayu gift di TikTok! Lelaki ‘basuh’ mak ayah tak fikir amanah Allah

Dalam pada itu, pelayar ini juga turut menjelaskan bahawa setiap individu perlu meletakkan kepercayaan bahawa rezeki datangnya daripada Allah, bukannya manusia.

“Nak duit pun agak-agaklah, main benda kotor macam tu. Air jamban ni putih (jernih) bersihlah macam mana sekalipun ia tetap akan jadi kotor. Daripada kau sapu air najis ni, baik kau minum air Zam Zam atau air bacaan Yasin.

“Niat dalam hati biar hilang keb***han dalam diri tu. Ini baru yang perempuan, lelaki pun ada juga basuh muka dengan air jamban ni.

Sejenis lapar gift dan lapar perhatian. Semoga diberi hidayah.

NETIZEN

“Inilah akibat apabila meletakkan punca rezeki tu datang daripada manusia, sanggup b***hkan diri. Kalau orang yang betul-betul percaya rezeki tu datang daripada Allah dia tak akan buat benda-benda macam ni sebab percaya rezeki Allah itu luas seluas-luasnya,” katanya lagi.

Dia yang jijik dengan perbuatan itu berkata, biarpun jamban itu didakwa bersih, ia masih dianggap tempat kotor memandangkan alat itu digunakan manusia untuk membuang dan menyalurkan najis.

Malah, seperti kita sedia maklum sebagai umat Islam, tandas merupakan antara tempat yang tidak bersih, dipenuhi dengan kuman dan segala penyakit.

“Tak kisahlah itu jamban baharu ke, jamban tak dipasang lagi ke. Tetap aku rasa benda yang mereka buat ni kotor.

“Tak kanlah masa sapu air dekat muka tu kau tak terbayang najis walaupun kau kata benda tu benda baharu,” jelasnya lagi.

Komen netizen di Facebook.

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang sama-sama berasa jijik dengan perbuatan kesemua TikToker tersebut.

Rata-ratanya beranggapan bahawa perbuatan ini merupakan satu tindakan tidak bijak kerana sanggup berkelakuan tidak senonoh.

“Loya tekak aku tengok.

“Ini kenapa tak bijak sangat ni.

“Sejenis lapar gift dan lapar perhatian. Semoga diberi hidayah,” kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain